Menerusi laman Geng Ibu Hamil & Berpantang, seorang individu berkongsi cara berkesan bersihkan kerak susu pada botol dan puting anak. Yang penting, cara DIY ini tanpa menggunakan sebarang sabun. Bahan yang digunakan hanya boleh didapati di dapur rumah sahaja.
5 minit dah bersih
CARA BERKESAN TANGGALKAN KERAK SUSU PADA PUTING DAN BOTOL SUSU TANPA GUNA SABUN
5 Minit Dah Bersih!
Bagi mak-mak yang ada anak kecil, botol susu berkerak memang jadi masalah kerana ia sukar ditanggalkan.
Kadang-kadang botol baru lagi tapi dah melekat kerak susu. Bukan saja pada botol, masalah sama terjadi puting botol susu.
Ada yang terus membuangnya kerana geram sebab sukar dihilangkan. Nak cuci banyak kali guna sabun risau juga sebab ada kandungan bahan kimia.
Bagi ibu-ibu yang ada masalah ini mungkin boleh mencuba cara mencuci kerak susu pada botol susu cara semula jadi ini.
Cara-caranya
Cara-cara
1. Masukkan beras ke dalam botol.
2. Campurkan air panas ke dalam botol yang berisi beras tadi.
3. Tutup botol dengan penutup.
4. Goncang dengan penuh kasih sayang.
5. Perhatikan kerak kerak susu mula berenang renang.
6. Goncang sehingga kerak habis tertanggal.
7. Bilas Dengan air bersih.
Ulang step yang sama untuk garam. Boleh gunakan berus botol untuk kesan yang lebih cepat.
Untuk membersihkan puting, masukkan beras dan sedikit air panas ke dalam puting. Geserkan permukaan puting dengan beras.
Siap!!!
kredit group mak buyung
Sumber : Geng Ibu Hamil & Berpantang
0 comments :
Post a Comment