Seorang ibu muda berusia 21 tahun bertindak kejam membunuh dan membakar anak perempuannya. Kejadian yang berlaku di Manazo Puno, Peru itu dilakukan kerana ingin kembali kepada teman lelakinya kerana suaminya telah bertindak curang dengan rakan sekerja.
Bakar mayat bayi di dalam lubang
Menurut laporan Mirror.uk, ibu muda berkenaan telah mengaku bahawa semasa kejadian, dia telah menekup bayi berusia 14 bulan dengan selimut sebelum membakar mayatnya di dalam sebuah lubang. Perbuatan yang tidak mempunyai hati dan perasaan itu dilakukan kerana wujudnya rasa dendam kepada suaminya yang curang.
Menurut pihak berkuasa tempatan, bayi malang itu ditemui di dalam lubang dengan dibalut selimut selain sebahagian badannya terbakar.
Tidak mengaku membunuh
Menurut laporan lagi, pada awal siasatan, wanita berkenaan tidak mengaku telah membunuh bayi berkenaan malah dia mendakwa bayi perempuannya meninggal dunia selepas terjatuh dari katil. Apabila dia berasa panik dengan kematian itu, dia bertindak menanam mayat mangsa berhampiran sungai.
Namun, apabila pasukan pendakwaan mengarahkan pihak polis untuk ke kawasan sungai tersebut, tiada langsung kesan penggalian ditemui. Akhirnya, wanita berkenaan mengaku telah membunuh bayinya.
Mayat bayi berkenaan telah dihantar ke hospital untuk bedah siasat dan wanita berkenaan ditahan untuk tindakan lanjut.
Sumber: Mirror.co
0 comments :
Post a Comment