‘Bukan Editlah’ – Viral Punggung ‘Mantap’ Mengalahkan Wanita, Cikgu Ini Kongsi Tips

Gara-gara mempunyai punggung luar biasa mengalahkan kaum wanita, lelaki ini mendapat perhatian ramai. Menerusi Mstar, lelaki yang dikenali Cikgu Akim ini sebenarnya mengamalkan senaman dan diet setiap hari. Dia turut menafikan dakwaan yang dibuat netizen mengenai saiz punggungnya di dalam foto telah disunting.

Punggung seperti memakai lampin?

Tweet itu mendapat perhatian ramai netizen yang rata-ratanya menganggap foto itu disunting. Walau bagaimanapun, tuan empunya badan tampil menafikan perkara itu. Menurutnya, dia rajin melakukan aktiviti kecergasan setiap hari.

Bukan suntingan

Itu bukan suntingan. Kalau nak tahu, saya memang rajin melakukan aktiviti kecergasan setiap hari, macam Ahad pergi ke gim, Isnin ke kelas zumba, dan Selasa pula berenang, dan ia berulang setiap hari.

Saya juga mengamalkan diet dari Ahad hingga Khamis, tak ambil makanan berminyak, tak ada nasi dan minuman manis. ‘Cheat day’ saya untuk makan macam-macam hanya pada Jumaat dan Sabtu.

Menerusi Mstar, lelaki yang dikenali sebagai Cikgu Aqim ini berkongsi tips mendapatkan punggung mantap. Dia turut mengamalkan diet sihat dalam kehidupan sehariannya. Tidak hairanlah kalau cikgu ini berjaya mendapatkan hasil sebegini.

Diet dan senam selama setahun

punggung mantap

Sebelum ni pun ada video-video senaman squat saya kongsikan di laman sosial. Selain itu, saya juga kerap berjoging mengikut keadaan.

Ia terbentuk bukan sekelip mata terus jadi macam tu. Saya bersenam dan mengamalkan diet selama lebih setahun.

Dia turut  melakukan banyak latihan squat setiap hari untuk membuatkan bahagian tersebut ‘terbentuk’. Tambah anak kelahiran Kuala Terengganu ini, sesi latihan squat dibuat selama kira-kira 30 minit sama ada di rumah atau di gim.

Sentiasa positif

punggung mantap

Kalau saya layan nanti akan menganggu emosi. Jadi, lebih baik saya berfikiran positif dan menganggap semua kata-kata tu sekadar gurauan.

Ada komen yang sempat saya baca, hanya ketawa dan memberi respons. Mana- mana komen keterlaluan di laman sosial sendiri, mereka akan disekat (block).

Sebelum ini, cikgu ini pernah mempunyai berat badan berlebihan iaitu 70 kilogram dan mengurangkannya menerusi senaman. Dia turut mengakui perubahan ketara pada bahagian badannya itu turut disedari keluarga, teman-teman rapat dan anak-anak muridnya.

Ada yang tahu aktiviti rutin saya mengamalkan gaya hidup sihat, dan mereka akan faham sendiri.

Ada juga kenalan pernah menyamakan bahagian tersebut seperti Kim Kardarshian. Saya hanya gelak saja, tak ambil serius dan anggap sebagai gurauan.

Sumber : Mstar

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment