Akibat kemalangan jalan raya 3 tahun yang lalu, Azmirul Hakim yang berusia 27 tahun dilaporkan koma dan sehingga kini masih belum sedar.
Menerusi Harian Metro, ibunya buntu memikirkan nasib yang menimpa anaknya selain turut meluahkan rasa sedih dengan takdir yang menimpa.
Sepatutnya dia berkahwin
Menerusi Harian Metro, Rafeah Abdullah berkata, anak kelima dari tujuh beradik itu sepatutnya berkahwin dengan wanita pilihannya pada Jun 2017. Namun hasrat itu terpaksa dilupakan kerana anaknya masih koma dan terlantar di rumah mereka di Rancangan Tanah Felda Aring 1, Gua Musang.
Katanya, dia terpaksa menjaga anak kelima itu sepanjang masa selagi dia tidak sedar diri termasuk memberi susu melalui tiub dan mengelap badannya dengan kain basah.
Sentiasa berdoa
Sebagai ibu kandung, dia selalu berdoa setiap hari kepada Allah SWT supaya anaknya itu dapat sedar semula selepas sekian lama terlantar.
Mak cik kerap menitis air mata ketika berdoa sambil mengenangkan nasib anak mak cik ini yang belum pulih.
Mengimbas kembali kemalangan menimpa anaknya, Rafeah berkongsi, ketika itu anaknya yang bekerja sebagai pemandu lori, menunggang motosikal dalam perjalanan ke bank di Johor Bahru sebelum terbabas dan terbalik, lalu dilanggar sebuah kereta yang melalui kawasan itu.
Kepalanya terhantuk pada kereta itu dan dia dirawat di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru selama sebulan sebelum dibawa pulang ke rumah dalam keadaan koma.
Doktor membenarkan dia dibawa pulang ke rumah dan dijaga sepenuhnya keluarga kerana meramalkan dia mengambil masa lama untuk sedar semula.
Pendapatan tidak cukup
Dia juga berkongsi mengenai pendapatan suaminya yang hanya memperoleh RM500 sebulan sebagai peneroka FELDA. Namun lebih separuh dari pendapatan suaminya itu dibelanjakan bagi membeli susu dan lampin pakai buang anaknya itu.
Mak cik tidak boleh mengharapkan anak yang lain kerana masing-masing sudah mempunyai keluarga.
Tak tahulah apa yang patut mak cik fikirkan lagi untuk mendapatkan pendapatan lain, tetapi mak cik tidak sanggup untuk meninggalkan dia keseorangan untuk mencari pendapatan tambahan lain.
Sumber: Harian Metro
0 comments :
Post a Comment