‘Bimbang Ibu Terjatuh’ – Viral Foto Bawa Ibu Naik Motor, Anak Dedah Kisah Sayu

Baru-baru ini viral di media sosial gambar seorang anak menyuap makanan kepada ibu yang sudah tua. Gambar yang ditangkap di sebuah kedai makan sekitar Wakaf Bharu Tumpat itu mengundang rasa sayu netizen.

Menerusi Harian Metro, Che Mohd Taufik Sulaiman memberitahu tiada niat mahu meraih simpati sebaliknya hanya menjalankan kewajipan kepada ibu.

Bawa ibu menaiki motor

Bagus anak dia bawa mak makan dekat kedai dalam keadaan mak tidak boleh berjalan. Boleh ke kita macam ni jaga mak ayah bila mereka dah tua nanti?

Sejak kematian bapa beberapa tahun lalu, Che Mohd Taufik mula menggalas tanggungjawab sepenuhnya menjaga keperluan ibu, Habshah Ngah.

Letak ibu di depan, bimbang terjatuh

Tambahnya, dia dilantik sebagai tenaga pengajar di Pondok Al Diniah Al Yusuffiah sejak enam tahun lalu dan melakukan kerja dengan ikhlas untuk menyumbang ilmu agama kepada anak-anak di pondok.

Mujurlah ibu mendapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diperolehinya sebanyak RM300 selain wang zakat daripada mereka yang datang melawat dan boleh digunakan untuk membeli keperluan ibu.

Setiap sebulan atau dua bulan sekali saya perlu membawa ibu ke Hospital Meranti, Pasir Mas untuk menjalani rawatan susulan dengan menunggang motosikal yang sudah uzur.

Apabila membawa ibu menunggang motosikal bersama, saya meletakkannya di bahagian hadapan, kerana bimbang dia akan terjatuh disebabkan keadaannya yang uzur selain menghidap penyakit saraf.

Che Mohd Taufik berkata lagi, dia berharap agar mendapat bantuan motorsikal roda tiga bagi memudahkan urusan rawatan ibu di hospital.

Syukur isteri banyak bantu

Menurutnya, dia mula mengajak ibu berhijrah ke Kelantan dan menetap di Pondok Al Diniah Al Yusuffiah Banggol Naim, Gelang Mas, Pasir Mas sejak 1995 sehingga kini.

Sebelum ini, kami menetap di Pulau Duyong, Terengganu, sebelum mengambil keputusan untuk berhijrah ke pondok ini bagi menuntut ilmu agama selepas saya meminta kebenaran abang dan kakak untuk membawa ibu bersama.

Sudah 24 tahun kami tinggal di pondok ini dan kebanyakan mereka yang mengenali saya dan ibu amat memahami keakraban kami kerana sering bersama setiap masa.

Walaupun kami adik beradik tidak tinggal bersama, namun mereka ada bertanya khabar dan setahun sekali akan datang beraya bersama di pondok ini jika kami tidak pulang ke Terengganu.

Mendirikan rumahtangga November tahun lalu, lelaki ini memberitahu bersyukur isteri banyak membantu menguruskan keperluan ibu ketika dia tiada di rumah.

Setiap kali saya keluar mengajar, isteri akan mengambil alih tugas menguruskan ibu di rumah termasuk memandikannya serta menyuapkan makanan.

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dikurniakan isteri yang memahami dan sanggup bersama-sama untuk menjaga ibu yang sudah uzur.

Selain menghidap penyakit darah tinggi, ibunya mempunyai masalah saraf sejak empat tahun lalu sehingga menyebabkannya hilang upaya untuk berjalan.

Sumber : Harian Metro

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment