Bilik Meter Jadi ‘Rumah’

Dek kerana kesempitan hidup, seorang lelaki tua terpaksa menjadikan bilik meter elektrik di sebuah flat di Klang sebagai tempat berteduh. Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook, Echa Zac lelaki tua ini mendakwa terpaksa tingga di bilik yang sempit itu memandangkan dirinya telah dibuang kerja dan tak mampu untuk menyewa rumah.

Apabila mahu diberikan bantuan, lelaki tua itu bagaimanapun menolak secara baik atas sebab-sebab yang tertentu.

Pakcik tua duduk seorang diri

Hari ini, Allah bagi “cash” tentang erti syukur. Nampak sofa hitam tu? Belakang sofa tu bilik meter yang pintu putih tu. Tau apa dalam bilik meter tu? Pakcik tua, duduk sorang2 kat dalam ni. Tidur badan bengkok. Mandi kat surau.

Anak2 4 orang mana ntah pergi. Tinggal mak dia kat rumah saudara. Nikmat tuhan manakah yang engkau dustakan? Allahuakbar. Pakcik tu dah gerak gi surau.

Nak mandi sebelum pi solat jumaat. Nak bagi duit belanja dia tolak. Katanya apa? “Pakcik ada kudrat lagi nak cari duit. Tak apa nak, pakcik redho” Dulu kerja dkt lrt 3 depan hospital. Lepas tu projek sangkut.

Dia kena tendang. Dia ada kad cidb. Pakcik ni asal teluk intan. Dia cakap, jangan pernah tak syukur nikmat tuhan. Pakcik dapat nafas pun dah syukur alhamdulillah.

Nak sewa rumah tapi tiada orang tolong

Sekarang nak kerja tapi tunggu panggilan lrt 3 tu. Katanya nak call sampai sekarang tak call2. Nak sewa rumah, tapi tiada wang. Dia tgh cari rumah sewa.

Orangnya dah pergi masjid bang. Nak jumpa pergi je kat pangsapuri sri perantau tu. Pangsapuri sri perantau. Blok d, tingkat 4. Dia ada je kat situ. Tapi malam je ada. Mohon bantuan viralkan. Adik ipar kerja TNB bagitau pasal ni.

Sumber : Echa Zac

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment