Pernahkah setiap malam Ahad, mood anda tidak keruan memikirkan perlu menghadapi hari Isnin keesokannya. Lama-kelamaan keadaan ini boleh membuatkan stress dan tidak mustahil akan menggugat kualiti kerja.
Ayuh positifkan diri dengan langkah-langkah mudah di pejabat untuk waktu kerja penuh keceriaan sepanjang 8 jam seharian.
Haruman pengaruhi mood
Mungkin ramai yang tidak sedar mengenai kepentingan haruman untuk mood positif di pejabat. Pasangkan diffuser dengan beberapa titik minyak essential bagi mendapatkan keharuman berpanjangan. Jangan lupa juga gunakan pewangi kegemaran ke tempat kerja untuk keyakinan diri.
Kerja sini, habis sini
Apa saja yang berlaku di rumah, tinggalkan di rumah, begitu juga segala yang terjadi di pejabat, tinggalkan di pintu pejabat. Tidak mencampur-aduk kerja dengan hal peribadi akan memastikan anda punyai kehidupan seimbang.
Sertai aktiviti dengan rakan sekerja
Sesekali, sertailah rakan-rakan sekerja berjogging, mendaki atau apa sahaja aktiviti sihat dianjurkan. Aktiviti sebegini bukan saja baik untuk tubuh badan sihat, malahan hubungan sesama rakan juga turut sama terjalin lebih erat.
Tempat kerja kemas, menarik
Untuk mood baik sepanjang hari, peranan keadaan tempat kerja juga tidak kurang penting. Tempat kerja mestilah kemas, menarik dan tidak berserabut. Letakkan juga foto yang tersayang sebagai motivasi dan penguat semangat di pejabat.
Fokus satu persatu
Apabila sudah terlalu sibuk, pastinya tidak tahu mana satu yang perlu dimulakan dahulu. Sudahnya, semua tak siap! Apa kata buat senarai berdasarkan kepentingan masing-masing untuk lebih fokus pada satu-satu tugasan.
Warna pakaian pun penting
Satu lagi aspek penting dalam menentukan mood positif di pejabat adalah pakaian kerja. Warna-warna ceria seperti merah, hijau, kuning dan rona-rona lembut.
#PositifSelalu tema DFKL2019
Bukan dekat pejabat saja kena positif, Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) pun kembali lagi dengan tema ‘Positif Selalu’. Kali ini telah memasuki tahun ke-6 penganjurannya dengan mengekalkan objektif utama untuk mencungkil bakat-bakat baharu dan memberi peluang kepada anak-anak muda.
DFKL 2019 turut menjelajah universiti tempatan terpilih dengan Siri Jelajah yang bermula pada 1 Mac 2019. Perjalanan siri jelajah tersebut adalah seperti berikut:
- 1 Mac 2019 – Management & Science University (MSU), Shah Alam
- 2 Mac 2019 – University of Malaya (UM), Kuala Lumpur
- 3 Mac 2019 – University Putra Malaysia (UPM), Sri Kembangan
Bukan itu saja, kru Siri Jelajah DFKL 2019 juga akan bertandang ke Sri Pentas, Bandar Utama (9 – 10 Mac 2019) dan IOI City Mall, Putrajaya (16 – 17 Mac 2019). Peminat boleh bersua dengan selebriti dalam sesi ramah mesra, selain diuji bakat lakonan dan sesi kongsi idea (pitching).
Diuji bakat pengarah popular
Lebih menarik lagi, Siri Jelajah DFKL 2019 turut disertai oleh barisan pengarah dan penerbit selaku juri dan ahli panel uji bakat dan sesi kongsi seperti Heykal Hanifah, Datuk A. Aida, Along Kamaludin dan Eirma Fatimah. Ashraf Muslim dan Fasha Sandha pun ada juga sebagai juri!
Bengkel DFKL untuk semua
Bagi anda yang ingin mengembangkan bakat dalam industri drama, apa kata ikuti bengkel DFKL 2019 yang akan berlangsung pada 22, 23, dan 24 Mac 2019 bersama tenaga pengajar hebat seperti Eirma Fatimah, Shahrulezad dan Datuk Rosyam Nor
Layari www.dfkl.com.my untuk dapatkan maklumat lanjut berkenaan acara-acara DFKL 2019.
0 comments :
Post a Comment