Berpuluh Helai Rambut Gugur Setiap Hari, Ini Rahsia Untuk Atasinya

rambut gugur

 

Masalah rambut gugur biasanya dilalui oleh semua golongan wanita mahupun lelaki. Walaupun, ianya dilalui oleh semua orang, namun sangat penting untuk anda mencari cara untuk mengatasinya. Kalau nak tahu anda mengalami masalah keguguran rambut yang kritikal ataupun tidak, lihat pada sikat selepas menyikat rambut yang masih basah.

Jika ada segenggam rambut, maknanya anda mengalami masalah dan jika hanya sehelai dua saja ia adalah normal. Bagi anda yang mencari alternatif untuk atasi masalah ini, mungkin boleh ikuti perkongsian oleh  Norhakimah Hanafi mengenai ‘ramuan’ yang boleh digunakan untuk mengawal masalah keguguran rambut.

Dah cuba macam-macam syampu

rambut gugur

 

Yeay! Akhirnya aku jumpa juga cara alternative nak kurangkan RAMBUT GUGUR.

Masa mula-mula aku baca, ada yang share tips ni. Terfikir jugak, ye ke jadi?

Tapi disebabkan dah macam-macam jenis syampu aku beli. Dan semuanya tak sesuai dan tak selesaikan masalah aku. Rambut tetap jugak gugur. Aku jadi geram.

Baru tahu khasiat aloevera

rambut gugur

Kebetulan, hari itu anak aku terkena minyak panas. Dan aku baca ALOEVERA ini bagus kalau kau letak time kena minyak panas. Selain itu, kalau nak rawat kulit sun burnlah, aku beli. Siap beli 2 sebab tamak.

Dah alang beli 2, dan baca ALOEVERA ni boleh kurangkan rambut gugur aku pun trylah. Lagi pun ramai yang bagi feedback bagus. Dalam erti kata lain, menjadi.

Hari kedua dah nampak perubahan

rambut gugur

Sejujurnya, baru seminggu aku cuba pakai. Hari ke 2 aku dah nampak perubahan sikit. Apa perubahannya?

  • Rambut dah tak gugur banyak macam biasa. Still ada. Tapi tak seteruk sebelum sebelum ini.
  • Rambut jadi lembut dan senang urus. Lembab saja. Dah tak kering sangat. Pegang pun best!

Setakat seminggu aku buat, memang aku puas hati. Serius.

Aku share sebab aku baca ramai yang ada masalah rambut gugur ni. So, maybe korang bolehlah try. Mana tahu sesuai, kan?

Lagi pun, ALOEVERA ni senang nak cari. Aku beli dekat GUARDIAN je. Time promotion, tak silap dalam RM5 je.

Eh, lupa pulak nak bagitau cara pakai. Kahkah. Punyelah excited rambut dah tak gugur sangat.

Cara untuk guna aloevera pada rambut

rambut gugur

Caranya:

Kau cuma campurkan sikit dalam syampu atas tapak tangan. Maksud aku, time kau nak syampu tulah. Lepas itu syampu je macam biasa. Biarkan sekejap dalam 5 minit. Then, bilaslah macam biasa. Itu je. Boleh guna syampu jenama apa pun..

Mesti ada yang tanya, berapa kali sehari. Buat time kau nak syampu rambutlah.

Kat sini, aku nak tekankan, kau kena try dulu. Yelah. Mane aku nak tahu rambut kau ngan aku sama ke tak?

Sumber: Facebook Nurhakimah Hanafi

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment