Bila cakap nak kuruskan badan, google saja memang banyak tip-tip kurus yang boleh anda ikuti. Itu bagi mereka yang nak kuruskan badan, bagaimana pula bagi mereka yang nak naikkan berat badan? Dengar macam ‘betul ke ada orang nak gemuk?’, tapi sebenarnya ada ya!
Tubuh badan yang terlalu kurus pastinya tidak akan capai BMI yang ideal. Jadi, bagi anda yang ingin tambahkan berat badan, boleh ikuti perkongsian tip daripada Dr Jazlina Syahrul.
1. Ada waktu makan yang tetap
Bagi mereka yang ingin menaikkan berat badan, perlulah bermula dengan mempraktikkan waktu makan yang tetap. Contohnya, setiap hari makan tengah hari perlu setiap jam 12 tengah hari, jangan awal jangan terlalu lambat. Selain itu, anda juga disarankan supaya jangan sesekali skip meals. Maksudnya, anda biarkan saja perut kelaparan berjam-jam.
2. Makan sedikit tapi kerap
Sekiranya anda seorang yang cepat kenyang, anda disarankan untuk makan dengan kadar yang sedikit tapi kerap. Cadangan waktu makan yang dicadangkan oleh Dr. Jazlina adalah:
- 3 waktu makan utama = sarapan, tengah hari, malam
- 3 waktu snek = minum pagi, minum petang, supper
3. Tambahkan sedikit jumlah makanan
Jika sebelum ini anda makan dengan kuantiti makanan yang sedikit, anda boleh tambahkan jumlahnya. Contohnya, nasi separuh tambah jadi penuh dan cuba habiskan. Boleh juga perbanyakkan makan lauk.
4. Ambil makanan berkalori tinggi
Kalori merupakan salah satu nutrisi penting untuk tubuh badan kita kerana ia dapat memberikan tenaga. Jadi, anda boleh mengambil makanan yang mengandungi kalori tinggi seperti minuman yogurt, milk shake, keju, peanut butter, breakfast cereal with almond, energy bar dan sebagainya.
Ketahui BMI anda
BMI boleh dikategorikan:
- BMI bawah 18.5 = Kurang berat badan
- BMI antara 18.5 – 24.9 = Mempunyai berat badan unggul
- BMI antara 25 – 30 = Lebih berat badan
- BMI antara 30 atau lebih = Obes
Anda boleh buat kiraan BMI anda di www.calculator.com.my.
Sumber: Dr. Jazlina Syahrul
0 comments :
Post a Comment