‘Apa Dosa Anak Saya?’ – Organ Dalaman Dikeluarkan, Gadis 11 Tahun Dibunuh Kejam Di Pahang

Kejam dan tidak berperikemanusiaan! Itulah mampu diungkap apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun meninggal dunia dalam keadaan tidak sempurna. Paling tragis apabila tangan dan kakinya diikat selain beberapa organ dalaman dikeluarkan dari mayatnya.

Mangsa yang ditemui di ladang kelapa sawit di Kampung Tanjung Medang Hilir pada 5 petang semalam dilaporkan hilang sejak 30 Januari lalu.

Kepala terpisah dari badan

Mangsa dilaporkan hilang pada 30 Januari lalu dan ditemui pada 10 Februari semalam. Menurut ibu mangsa, Zaleha Abdullah, dia dimaklumkan berhubung penemuan anaknya selepas waktu Asar sebelum dia dan suami Ibrahim Ali bergegas ke lokasi kejadian.

Luluh dan berkecai hati saya apabila melihat keadaan anak saya seperti itu. Tangan dan kakinya diikat selain mayatnya ditemui dalam keadaan tidak sempurna dengan kepala sudah terpisah daripada badan.

Beberapa organ dalamannya juga tidak dijumpai. Semasa dia hilang sejak 11 hari lalu kami sudah cari dia di kawasan ini tetapi tidak menjumpainya.

Menurut Zaleha, dia mengecam mangsa adalah anaknya berdasarkan baju biru yang dipakai kanak-kanak itu sebelum dilaporkan hilang.

Dia kata akan pulang awal namun selepas itu saya sudah tidak berjumpa dengannya. Laporan polis juga sudah dibuat di Balai Polis Pekan pada hari sama dan usaha mencarinya sekitar kampung ini dilakukan penduduk setiap hari.

Dalam tempoh kehilangannya saya sentiasa berdoa supaya Allah SWT menemukan saya dengannya dalam apa juga keadaan… bila saya lihat mayatnya semalam saya jadi sedih, mengapa mereka memperlakukan anak saya sebegini.

Dalam kejadian 5 petang 30 Januari lalu anaknya meminta duit RM1 untuk ke kedai dan berjanji akan pulang segera namun tidak pulang sehingga malam.

Sementara itu, menurut penduduk kampung, Mohd Rosli Mat Rasat, dia antara yang terawal tiba di lokasi kejadian sebaik dimaklumkan rakannya berhubung penemuan mayat Siti Masyitah.

Mengapa mereka (pembunuh) tergamak lakukan perkara yang sebegini kejam kepada anak saya, apa dosanya?”

Semasa dia hilang saya dan rakan-rakan mencarinya di seluruh pelusuk kampung termasuk di kawasan mayatnya di temui. Saya rasa dia dibunuh di tempat lain sebelum dibuang di kawasan ini.

Kejadian pembunuhan kejam itu adalah yang pertama berlaku di kampung itu sejak 35 tahun lalu. Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Amran Sidek sudah mengesahkan penemuan mayat itu.

Sumber : Harian Metro

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment