Procter & Gamble (P&G) Malaysia baru-baru ini menganjurkan Cabaran CEO P&G peringkat tempatan. Sejumlah 14 pelajar telah dipilih daripada 200 entri terawal untuk mengambil bahagian dalam pertandingan yang memberi pendedahan kepada pelajar dengan dunia sebenar pekerjaan.
Pasukan yang berjaya kemudiannya mewakili Malaysia untuk bertanding pada peringkat serantau di Singapura dari 11 hingga 14 Februari 2019. Pemenang peringkat ini akan meraih peluang untuk bertanding dunia di Dubai pada Mei ini.
Didedah realiti dunia perniagaan
Cabaran CEO P&G direka khusus untuk membolehkan pelajar yang mengambil bahagian menangani isu-isu perniagaan dan memanfaatkan P&G sebagai platform mendedahkan dengan alam pekerjaan sebenar.
Selama seminggu tempoh pertandingan, para peserta dilatih oleh pembimbing P&G mengenai pelbagai pengetahuan
selain menerima bimbingan ketika mereka menyelesaikan kes perniagaan yang ditugaskan kepada mereka.
Pasukan yang muncul pemenang Cabaran CEO P&G Malaysia meluahkan rasa gembira mereka dengan kejayaannya memenangi cabaran berkenaan.
Kami sangat gembira berjaya memenangi cabaran pada pusingan tempatan dan kami sangat teruja untuk berdepan dengan para pemenang peringkat serantau yang lain di Singapura. Para mentor kami dari
P&G amat banyak membantu kami dalam menangani kajian kes.Kami tidak sabar untuk menyaksikan apakah cabaran yang bakal kami hadapi pada pertandingan peringkat serantau nanti. Walaupun telah mengalami perkembangan dari semasa ke semasa, P&G Malaysia kini telah menjadi juruacara kepada cabaran perniagaan selama lebih 10 tahun.
Kali pertama pasukan Malaysia ke peringkat serantau dan dunia!
Ini merupakan kali pertama pelajar dari pusingan tempatan di Malaysia akan mengambil bahagian dalam Cabaran CEO P&G pada peringkat serantau dan sedunia.
Di samping memanfaatkan pertandingan ini untuk memupuk bakat, P&G juga mempunyai program Latihan Industri P&G Impian (Dream P&G Internship Program), yang membolehkan pelajar yang bakal bergraduat merasai pengalaman cabaran perniagaan dunia sebenar.
0 comments :
Post a Comment