Dua warga emas disahkan maut selepas sesak nafas ketika mendapatkan kupon makanan percuma. Kupon tersebut diedarkan dalam satu program yang diadakan di ICC Pudu, Jalan Kijang Kuala Lumpur.
Menurut laporan Harian Metro, ketika kejadian sekurang-kurangnya enam warga emas jatuh pengsan.
Enam warga emas pengsan
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah memberitahu sebaik tiba, dua warga emas tersebut disahkan sudah meninggal dunia.
Kami menerima maklumat sekurang-kurangnya enam warga emas pengsan di lokasi.
Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati dua wanita dikenali sebagai Ah Po, 85, dan Law Ion Nang, 78, terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Pemeriksaan mendapati kedua-duanya sudah meninggal dunia dan siasatan lanjut mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian ini.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, orang ramai mula berasak-asak mendapatkan kupon yang mula diedarkan pada pukul 11 pagi.
Hanya peruntukkan 200 kupon
Katanya lagi, kupon makanan tersebut akan digunakan di tempat sama bagi mendapatkan makanan percuma pada 11 Februari depan.
Pihak penganjur hanya memperuntukkan 200 kupon, tetapi kehadiran orang ramai mencecah seramai kira-kira 1,000 orang.
Mangsa meninggal dunia di lokasi dipercayai berpunca daripada sesak nafas ketika berasak-asak untuk mendapatkan kupon.
Kedua-dua mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat petang hari ini.
Tambahnya lagi, siasatan mendapati program pemberian kupon dilakukan oleh gabungan peniaga dan penjaja ICC Pudu bermula 11 pagi hari ini.
Sumber : Harian Metro
0 comments :
Post a Comment