[VIDEO] Salah Parking Punya Pasal, Habis Semua Motor Kena Terajang

Gara-gara bengang dengan tindakan segelintir penunggang motosikal yang meletakkan kenderaan itu di tempat tidak sepatutnya, seorang staf sebuah institut pengajian menendang motorsikal berkenaan.

Tambah kecoh apabila tindakan itu dirakam oleh penuntut yang berada di kawasan itu dan telah meraih ribuan perkongsian di Facebook.

Tendang motor

Video yang viral itu menunjukkan staf berkenaan memarahi tindakan penunggang motorsikal berkenaan sambil menendang beberapa buah darinya. Perakam dipercayai pelajar di institut itu hanya mampu merakam perbuatan itu dari dalam bangunan tanpa menegur perbuatan itu.

Sebanyak 3 buah motor tumbang dalam video berdurasi 1 minit 28 saat itu. Turut kelihatan adalah seorang lelaki beruniform putih dipercayai pengawal keselamatan di situ yang tidak menghalang tindakan staf berkenaan.

Tindakan itu dikritik teruk netizen yang berpendapat menendang motorsikal itu tidak wajar walau apa jua kesalahan telah dibuat.

Dalam pada itu, Pengarah ILP Kota Bharu, Zainudin Ahmad berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan beliau sudah memaklumkan insiden tersebut untuk perhatian Ketua Pengarah ILP di ibu pejabat.

Hari ini merupakan sesi pendaftaran pelajar lama dan memang semua sudah sedia maklum bahawa sebarang kenderaan tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam kampus. Mereka perlu letak kenderaan masing-masing di luar kampus.

Saya kesal dan memohon maaf kepada semua pihak serta ibu bapa yang terlibat. Kita akan melakukan siasatan lanjut berhubung kejadian ini.

Sumber: Utusan MalaysiaNashreen Fahmi

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment