Sedih melihat pelajar tidak makan kerana tiada duit, seorang guru bertindak melawat keluarga pelajar di rumah. Apabila sampai, dia mendapati keadaan rumah sangat daif dan miskin.
Tambah menyedihkan lagi apabila ibu kini sedang sarat hamil dan tinggal bersama 5 orang anak yang masih kecil.
Pelajar baru di sekolah
Runtun hati bila dengar kesusahan 3 beradik ni. So tengah hari tadi dalam jam 1.00. Tice Lin lari kejap ke kedai di Seri Iskandar. Membeli barang-barang dapur buat keluarga ni, guna sebahagian hasil duit jualan kuih semalam. Mula cadangnya nak masuk tabung dah hari ni. Tapi bila dengar keadaan keluarga ni.. Takpe… Mungkin rezeki ni untuk mereka.
Mereka pelajar baru di sekolah Tice Lin.. 3 dari 5 orang adik beradik.. Darjah 1, 3 dan 4… Mulanya si ibu yang sarat mengandung datang pada minggu pertama sekolah… Dengan berbekal RM50.. Minta nak beli buku sikit-sikit hinggalah ke tahun 3.. Duit yang ada hanya RM5.00… Dapatlah beberapa buah buku tulis sahaja. Yang lain diminta utk bayar kemudian..
Tak makan sebab tak ada duit
Si ibu merupakan isteri pertama dan suaminya telah berkahwin lagi dalam 2 tahun yg lalu dan kini lebih banyak menetap bersama isteri kedua (ibu tunggal anak 4). Dengan keadaan kerja si suami yang tak menentu, kehidupan mereka agak susah dan terbaru si suami baru dpt kerja sbg guru k*** dgn gaji RM1050 di ***** dan tinggal bersama isteri ke-2. (Tice Lin tak nak ulas panjang hal suami kerana banyak yang negatif yg akan timbul nanti… So faham-faham je la yer)
Then sesi persekolahan berjalan seperti biasa. Namun hari ini, seorang ustazah ternampak si anak lelaki yg darjah 3.. Termenung duduk ketika yang lain sedang seronok membeli di kantin. Bila ditanya, rupa-rupanya takda duit. Tapi sangat tenang riaknya.. Then ustazah tersebut menyuruh si anak ini ke kantin dan dibiayai oleh ustazah. Sejurus hal itu diketahui, kami panggil adiknya yang darjah 1 yg pada ketika tu sudah pun tamat waktu rehat. Bila ditanya makan apa.. Digeleng… Tak makan sbb takda duit… Adui… Sentap hati kami… Guru waktu pun memberikan roti yg Tice Lin bawa kepadanya dan suruh makan waktu tu juga. Kemudian, Tice Lin panggil pula si kakak sulung yg di darjah 4, tanya soalan yg sama… Dijawabnya..
‘Ayah tak balik, Umi tak ada duit’
“Makan… tapi kawan belanja. “
Siapa belanja…Tice Lin soal lagi..
“Si A dan si B..” Wah… Hati berbunga… Syabas buat 2 pelajar ni.. Dan Tice Lin niat dalam hati nak bagi reward pada budak berdua yg bantu ni..
Lepas tu bermulalah sesi soal selidik.. Semalam makan apa… Malam tadi makan apa… Dan antara jawapannya…
“Ayah tak balik.. Ummi takda duit… Semalam pagi pun tak makan… Takda apa nak makan.. Malam tadi makan maggie… tengahari semalam ada orang bagi ikan kari…”
Tice Lin tanya.. Sebab nak tengok apa jawapannya. “Tak lapar ke.. Tak makan..”
Dengan wajah yang sangat tenang… Tersenyum dan penuh bersopan.. dijawab
“Terasa juga lapar… Tapi tahan je la..” disambung lagi dengan senyum dan tenang je… Aduaiii
Keadaan rumah menyedihkan
So lepas je beli barang-barang dapur tadi.. Tice Lin ajak 2 orang lagi rakan guru untuk ke rumahnya.. Kami bawak si kakaknya naik kereta sekali.. Sebaik tiba dirumah… Semua adik-adiknya dah tunggu depan pintu… Kami disambut dengan salaman dari semua adik-adiknya…
Si ibu yg sarat juga senyum menyambut… Melihatkan keadaan rumah yang disewa dengan nilai RM100 tersangat la sedih.. Berlubang sana sini… Dan paling menyedihkan bila melihat anak-anak terus buka roti yang kami berikan.. Rupa-rupanya belum menjamah makan lagi sedangkan jam dan 2.30 petang… Namun seorang anaknya siap berpesan dgn adik-adiknya… Simpan utk ummi roti tu.. Mungkin sebab faham si ibu juga lapar dan dgn keadaan yg sarat masih belum menjamah apa2 utk tengahari tu… Sedangkan kandungannya juga disahkan doktor bermasalah.. Dan air ketuban juga mula berkurangan.. Namun apakan daya mengenangkan nasib anak-anaknya.. Dia masih bertahan walaupun makannya sendiri tak tentu hala..
Dibiar terpinggir bersama 5 anak
Tice Lin nyatakan tujuan kedatangan dan bertanya keadaan sebenar… Aduai.. Tabahnya hatimu wahai isteri dan ibu… Walaupun dibiar terpinggir bersama 5 orang anak-anak yg masih kecil.. Namun sangat kuat… Mengalir airmatanya apabila Tice Lin hulurkan barang-barang dapur… Tak terkata si ibu… Mengalirnya airmatanya.. Begitu juga airmata kami bertiga.. Guru2 yang mendengar dan melihat keadaannya… Aku pun tak mungkin setabah itu (bisik hati kecil Tice Lin)
Untuk anak-anaknya.. Kami usahakan untuk menerima RMT… Namun keadaannya yang sarat dan pada bila-bila masa je boleh bersalin.. Juga menjadi kerisauan kami.. Tidak ada persediaan… Tawakal sepenuhnya… Sedangkan si suami balik namun hanya utk beberapa jam.. Itu pun jarang-jarang sekali dan adakalanya tanpa sebarang wang sebagai bekalan…
Ada di kalangan kami yg memberikan sahaja buku-buku kerja secara percuma.. Dan ada juga rakan guru yang telah membantu menjelaskan yuran buku tulis untuk si kakaknya… Namun bantuan kami juga adakalanya terbatas dan kami tidak mampu melaksanakan sepenuhnya secara bersendirian…
Hulurkan sumbangan, ringankan beban
Tice Lin hanya guru biasa.. Bukan guru kaunseling.. Bukan GPK HEM… Bukan GB.. Hanya seorang guru bahasa Inggeris yang mengajar salah seorang dari anak ini… Namun atas dasar keperimanusiaan dan simpati terhadap sesama manusia… Kerana itulah niat membantu itu hadir.. Yang ragu-ragu.. Tice Lin tak paksa untuk percaya.. Dan jangan hulurkan apa-apa kalau tuan-tuan puan-puan tak kenal corak kerja dan perjalanan rutin hidup saya… Namun pada yang selalu ikuti coretan2 saya d fb… Tentu lebih kenal bagaimana khidmat sosial yg saya buat… Saya tidak ada badan-badan khas yang menaungi… Tidak ada berunsurkan politik… Sebaliknya bergerak sendiri bersama suami dgn apa yg kami mampu dan dibantu oleh rakan-rakan fb yg selalu follow…
Namun andai ada yang ingin sama2 meringankan beban keluarga ni.. Boleh hubungi Tice Lin…
http://bit.ly/2DgtlkF
Kalau ada yang nak datang menyumbang.. Boleh datang ke sekolah dan berjumpa dengan saya di sekolah… Sebab kesian si ibu kalau semua berpusu-pusu datang ke rumahnya tak kira masa… Boleh wasap saya dahulu untuk kita tentukan masa… Satu perkara lagi… Harap sama-sama faham… Ibu ni juga tersepit dan sangat takut… Dengan keadaannya yang susah dan juga kerisauannya dgn tindakan suami apabila ramai yg tahu nanti.. So ada baiknya kalau ada sumbangan… Atau ingin kesahihan… Jumpa saya di sekolah…
Jangan persoal SIAPA yang patut membantu.. sebaliknya tanya APA yang boleh kita bantu..!!
#hulurkansumbanganringankanbeban
#berikankegembiraan
Sumber : Norazlin Abd Aziz
0 comments :
Post a Comment