Tak Sangka Buah Nanas Banyak Khasiat & Manfaat, Jom Amalkan Setiap Hari!

Nanas sememangnya antara buah yang sering menjadi kegemaran ramai orang. Selain rasanya yang manis dan sedap, masih ramai tidak tahu nanas sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tidak hairanlah, eksport nanas Malaysia terus dijangka meningkat dua kali ganda kepada RM320 juta setahun menjelang 2020.

Malahan, kejayaan produk tersebut berjaya me­nembusi pasaran negara China. Seorang doktor turut berkongsi khasiat buah ini di ruangan Facebook miliknya.

Ambillah nanas setiap hari

Persediaan untuk makan malam – Nanas. Balik rumah tengok Cik Puan isteri sudah beli nenas. Macam tahu tahu sahaja. Nanas adalah superfood. Penting untuk hampir keseluruhan tubuh. Kalau mampu ambillah setiap hari. Nenas sarat dengan vitamin C. Vitamin penting untuk hapuskan lendir, kahak dan legakan sinus.

Ini berdasarkan kajian di University of Maryland Medical Centre. Vitamin yang cantikkan kulit. Yang menarik tentang nanas ialah ia ada bromelain. Nutrisi yang hilangkan keradangan, kecilkan tumor serta redakan osteoarthritis. Bromelain juga disebut antara bahan turunkan berat badan. Menurut Experimental Neurology Bromelain boleh menghalang berlakunya alzheimer

Boleh turunkan berat badan

 Kalau kita mahu elak dari jadi pelupa, berjinak jinaklah dengan nanas. Antara nutrisi lain ialah manganese. Penting untuk otak. Manganese bekalkan tenaga pada sel otak. Bertindak seperti power bank. Seperkara yang saya suka tentang nenas ialah jumlah besar thiamin di dalamnya.

Tugasnya tukarkan karbo, lemak dan protein kepada energi untuk tubuh. Ia juga disebut sebagai vitamin anti stress. Petang petang balik kerja apa kata ambil sepotong nenas. Lepas makan baharulah pandu pulang. Pasti mood lebih baik. Saya suka ambil terus. Sekali dengan empulurnya. Banyak mineral dan nutrisi di situ. Apa kata cuba hari ini? Boleh boleh?

Membentuk tulang kuat

Manakala, menurut Mingguan Wanita, bukan sahaja tinggi nutrisi, malah buah ini sangat bagus buat wanita. Buah ini baik bagi membentuk tulang yang kuat. Gabungan beberapa mineral yang lain dikatakan dapat mengelakkan osteoporosis. Ia juga melawan penuaan dan penyakit dengan melindungi sel-sel tubuh.

Perkembangan tulang dalam tubuh orang muda dan menguatkan tulang orang tua dapat dikesan melalui pemakanan nanas. Paling menarik, Nanas dapat mengurangkan risiko penyakit mata seperti katarak yang biasanya terjadi ketika usia meningkat. Ia diperolehi daripada kandungan vitamin C di dalamnya dan juga antioksidannya. Memang sungguh bermanfaat!

Mampu menyembuhkan luka terbakar

Selain itu ia juga nanas mempunyai bromelain iaitu sejenis enzim yang memecahkan protein dan membantu pencernaan. Bromelain bertindak untuk mengurangkan masalah keradangan dan risiko tumbesaran tumor serta risiko penggumpalan darah. Apa yang istimewanya, Bromelain hanya ditemui di dalam buah nanas sahaja.

Kandungan bromelain di dalam nanas menyebabkan jus nanas digunakan untuk melembutkan daging dalam masakan. Menurut kajian Dr Josh, bromelain di dalam nanas membantu dalam menyembuhkan luka. Losyen yang dibuat berasaskan bromelain menunjukkan ia turut membantu dalam penyembuhan kulit terbakar pada manusia.

Bagus untuk kesuburan

Kandungan vitamin dan mineral di dalam nanas juga dikatakan bagus untuk kesuburan lelaki dan wanita. Buat pengetahuan anda, satu cawan potongan nanas mengandungi 82 kalori. Ianya bebas lemak dan kolesterol selain rendah kandungan sodium. Kandungan gula di dalamnya ialah 16g secawan.

Berdasarkan semua maklumat di atas, agak rugi jika nanas tiada dalam diet kita. Ia boleh dijadikan snek harian anda atau dimasak bersama- sama dalam masakan. Jangan lupa amalkan!

Sumber : DrRizal Abu Bakar

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment