Rihanna Saman Bapa Sendiri Kerana Menggunakan Trademark Fenty Walaupun Ia Adalah Nama Terakhir Bapanya

Rihanna mengatakan yang bapanya Ronald Fenty membuka sebuah syarikat bernama Fenty Entertainment, yang mana penyanyi itu dikatakan keuntungan syarikat tersebut adalah tidak adil kerana ia merupakan reputasi yang dia bina sendiri menerusi jenamanya, Fenty Beauty.

 

Gambar : Sumber Google

 

Nama sebenar Rihanna adalah Robyn Rihanna Fenty dan nama terakhirnya itu diambil sebagai inspirasi untuk syarikat kosmetik miliknya. Rihanna dilaporkan menyaman Fenty Entertainment yang dimiliki oleh bapanya serta pengasas bersama, Moses Perkins.

 

Tuntutan mahkamah yang dilihat oleh TMZ mengatakan yang bapa Rihanna membuka syarikat Fenty Entertainment pada tahun 2017 selepas Rihanna membuat trademark ke atas Fenty jenama barangan kosmetiknya yang julung kali dikeluarkan pada September tahun yang sama.

 

Dia juga mengatakan yang bapanya menggunakan Fenty Entertainment, berlagak seperti pengurusnya dan cuba untuk menempah 15 persembahan tanpa kebenaran di Latin Amerika untuk USD15 juta, berserta sepasang konsert di Los Angeles dan Las Vegas dengan USD400,000.

 

“Walaupun Mr.Fenty adalah bapa kepada Rihanna, dia tiada dan tidak dibenarkan untuk bertindak dalam mewakili Rihanna,”tulis tuntutan mahkamah itu.

 

Gambar : Sumber Google

 

Ronald Fenty turut ada mencuba untuk membuat trademark Fenty dengan pejabat US Patent & Trademark pada tahun 2018, namun ia gagal. Tuntutan mahkamah meminta kuasa mahkamah untuk memaksa Ronald Fenty berhenti dari menggunakan nama ‘Fenty’ sekaligus mengira angka kerugian syarikat kosmetik itu.

 

Rihanna pernah membuka cerita akan hubungan genting di antara dia dan bapanya. Pada tahun 2009, dia mendedahkan kepada rancangan Good Morning Amerika saluran ABC yang bapanya pernah beberapa kali memukul ibunya.

 

“Kekejaman domestik adalah satu perkara yang orang akan rahsiakan, jadi ibu saya memilih untuk mendiamkan perkara itu di rumah,” kata Rihanna.

 

“Saya sering mengingatkan pada diri saya supaya jangan sekali saya berhubungan dengan seseorang yang mempunyai sifat seperti bapa saya.”

The post Rihanna Saman Bapa Sendiri Kerana Menggunakan Trademark Fenty Walaupun Ia Adalah Nama Terakhir Bapanya appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment