1. Label alat tulis & buku sekolah anak guna sticker
Kalau sebelum ni korang guna permanent marker untuk label barang-barang anak, apa kata kali ni korang tempah je sticker siap dengan nama anak. Yelah, bukan sikit barang-barang yang nak kena label. Buku teks, buku latihan, alat tulis lagi. Banyak kot! Tak ke lenguh tangan nak tulis.
Tempah je sticker nama secara online, kemudian tampal pada semua barang sekolahan anak korang. Mudah dan menjimatkan masa. Anak-anak korang pon tak keliru jika tertukar alat tulis dengan rakan-rakan bila kat sekolah.
2. Ikat pensel warna supaya tak mudah hilang
Korang jangan pelik kalau anak korang asyik minta belikan pensel warna baru sebab asyik hilang. Kadang-kadang diorang tak perasan hilang takpun tertukar dengan kawan.
Tapi kalau setiap minggu hilang, masak jugak nak beli baru. Daripada korang kusut asyik nak kena belikan pensel warna baru, apa kata korang cuba trick ni. Ikat kesemua pensel warna anak dan sambungkan dengan reben yang telah dipasangkan label nama.
Barulah tak senang hilang, comel pula tu!
3. Label hari mengikut warna di jadual waktu
Ibu, cikgu marah sebab tak bawa buku. Ibu, buku kita tertinggal
Korang dah ready nak berhadapan dengan rengekkan ni? Haa.. Untuk elakkan korang daripada pening kepala, apa kata korang ajar anak untuk susun buku ikut label hari. Contohnya Isnin warna merah, Selasa warna hijau dan sebagainya.
Kemudian korang beli fail berasingan ikut jumlah subjek pembelajaran anak di sekolah dan labelkan hari dengan warna di fail tersebut. Sebagai contoh fail subjek Matematik, subjek ini dipelajari setiap hari Isnin, Rabu dan Khamis. Korang ambil sticker hari yang korang dah label ikut warna dan tampalkan pada fail subjek berkenaan.
Benda ni mungkin nampak leceh, tapi boleh bantu anak korang berdikari untuk susun jadual waktu mengikut hari, selain tu buku diorang pon tak mudah comot.
4. Tampal lencana dengan senang & tahan lama
Untuk kaum ibu yang terpaksa menjahit lencana dan tanda nama anak-anak, hack ni paling seronok sebab korang hanya perlu pakai gam UHU je. Korang tampal terus lencana anak kat baju sekolah tu. Alas belakang lencana, sapukan gam pada lencana dan gosok lencana menggunakan seterika pada tempat yang telah ditetapkan.
Serius, uniform anak korang nampak lebih kemas dan lencana yang ditampal juga tahan lama walaupun dibasuh dengan kerap.
5. Bekalkan anak korang dengan sarapan ringkas sebelum ke sekolah
Ni benda yang parents selalu terlepas pandang! Sediakan sarapan untuk anak ke sekolah. Korang tau tak, sarapan pagi membekalkan 25 peratus daripada jumlah tenaga harian yang diperlukan oleh anak korang?
Anak korang mudah mengantuk dan tak boleh nak fokus dalam kelas bila perut kosong. So, korang sebagai parents kena ambil initiatif untuk sediakan sarapan buat anak-anak okay.
Tapi kalau nak bagi sarapan lebih lengkap, pastikan anak korang bersarapan dengan MILO!
Haa.. Ni kami nak bagitau, kenapa MILO merupakan hidangan yang paling best untuk lengkapkan sarapan anak korang.
Dengan rasa malt coklat yang lazat, MILO dapat bangkitkan selera anak korang pada waktu pagi. Bukan tu je, minuman MILO juga dapat bantu anak-anak kekal aktif dan bertenaga sepanjang hari. Barulah anak korang dapat mencabar potensi diri mereka dan pergi lebih jauh!
Kalau korang takde idea nak buat sarapan apa, korang pergi je laman sesawang MILO, sebab MILO ada sediakan contoh hidangan yang korang boleh buat untuk anak-anak. Siap ada penunjuk kalori lagi, memang terbaiklah!
So, untuk pastikan anak korang kekal bertenaga dan mendapat nutrisi yang diperlukan setiap hari, jangan lupa sediakan MILO bersama sarapan pagi untuk mereka. Kalau korang nak tau lebih lanjut tentang MILO ni klik di sini. Jom kekal cergas dengan MILO!
0 comments :
Post a Comment