Pemandu Go-Jek Singapura Didakwa Culik, Lihat Respon Penumpang Bila Dah Habis ‘Modal’

Khidmat e-hailing semakin berkembang atas permintaan ramai pengguna yang mahukan servis yang cepat, murah dan tidak perlu memikirkan soal parkir.

Satu video membabitkan pemandu e-hailing Go-Jek di Singapura viral apabila penumpang mendakwa telah diculik oleh pemandu.

Dituduh culik kerana lalu tol

Pemandu berkenaan, Kamaruzzaman Abdul Latif meluahkan kekesalannya berhubung insiden itu di Facebook. Menurut Kamaruzzaman, dia dituduh menculik seorang wanita hanya kerana sistem tol elektonic negara itu atau Electronic Road Pricing (ERP)

Tambahnya, lokasi yang ditujui dari Blk 252 Bishan St 22 menghala ke 1 Coleman Street pada jam 7.10 pagi adalah mustahil untuk mengelak laluan tol. Apabila diminta ditunjukkan laluan tanpa tol, wanita berkenaan gagal berbuat demikian.

Rakaman dari dari kereta Kamaruzzaman berdurasi 7 minit itu memaparkan wanita berkenaan yang meninggikan suara terhadap pemandu itu sambil membuat panggilan dipercayai kepada pihak pengendali e-hailing.

Wanita itu turut menuduh Kamaruzzaman menculiknya berkali-kali kerana membawanya ke laluan yang mempunyai tol. Malahan penumpang itu turut melaporkan lelaki pertengahan usia itu memandu secara berbahaya.

Apabila sampai di satu lokasi disangkakan balai polis, wanita berkenaan menjerit memaklumkan kepada individu di situ yang dia dijadikan tebusan (hostage).

Wanita itu kemudiannya cuba keluar dari kenderaan namun kereta terkunci dan menjerit ‘Dia kunci pintu’. Pemandu menerangkan kereta terbabit terkunci secara automatik. Sedar kesalahannya, wanita itu menggunakan alasan bangsa ‘Ni sebab saya Cina ke?’.

Sumber: Kamaruzzaman Abdul Latiff, Mothership SG

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment