Lancôme bakal mengadakan kempen 44 hari terbesar di Pavilion KL nanti sempena ketibaan Tahun Baru Cina.
Kempen Lancôme World of Wishes dijangka akan berlangsung bermula 7 Januari sehingga 19 Februari 2019. Apa yang mengujakannya lagi adalah ia bakal mempunyai dua tanglung besar bersama dekorasi seakan tingkap dengan pemandangan Shanghai dan Paris.
Ia akan lebih menyeronokkan lagi pabila akan ada play area untuk anda bermain dengan solekan serta boleh mendapatkan konsultasi untuk kulit anda. Pop-up tersebut bakal memberikan pengunjung untuk mencuba beberapa servis khidmat jenama Lancôme dari pakar kecantikan mereka bagi membantu dalam merealisasikan impian kulit berseri pada musim festival ini.
Istimewanya lagi, Lancôme akan memastikan pengunjung untuk menikmati keraian penuh interaktif dan integrasi. Salah satu highlight adalah sampling produk utama mereka Advanced Genifique dengan hanya satu butang tekan.
Pembeli juga dapat menghantar e-pesanan untuk Tahun Baru Cina menerusi mesin Insta-Media yang merakam potret dengan filter yang cukup fun. Warga Malaysia sememangnya sukakan barangan atau item percuma, jadi jangan lepaskan peluang untuk dapatkan hadiah menarik setiap hari pabila anda melawat ke pop-up stor dan dan menggalakkan pengunjung untuk menyambut Tahun Baru sekaligus diberikan hadiah. Setiap wishes boleh dilihat dalam masa tersebut menerusi panel digital di bahagian promosi serta semua orang di seluruh Malaysia boleh log-in ke laman web rasmi mereka untuk menyertai kempen itu sekaligus melayakkan diri untuk memenangi hadiah utama percutian ke Paris.
Untuk melengkapi musim perayaan ini, jenama itu bakal melancarkan rekaan edisi terhad Tahun Baru Cina untuk produk terkenalnya, Advanced Genifique dan item bestselling mereka, L’Absolu Rouge dalam shade #290 dan #118.
Tidak ketinggalan adalah servis engraving, penilaian BaZi, palm reading dan calligraphy sebagai aktiviti lain yang turun akan menjadi pilihan ramai pengunjung.
The post Nantikan Tarikan Terbesar Di Pavilion KL Tidak Lama Lagi appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment