Hari pertama persekolahan bagi sesi 2019 telah bermula hari ini. Pelbagai ragam murid dirakam sehingga menimbulkan rasa geli hati netizen.
Namun, seperti tahun-tahun sudah masih ada ibu bapa yang seolah-olah mementingkan diri mengambil hak pelajar lain. Seperti yang diluahkan guru ini, pelajar terpaksa duduk dan makan di tepi longkang kerana tiada kerusi di kantin.
Cukup marah dan pantang
Hari pertama persekolahan tahun ini, kejadian menyedihkan ini berlaku lagi. Tidak di sekolah aku, tapi bertaburan di sekolah seluruh Malaysia.
Ramai kawan-kawan Fb aku update status geram dan menyampah dengan golongan ibubapa yang duduk di kerusi kantin saat murid sekolah rehat.
Aku sendiri cukup marah dan pantang dengan geng yang suka mengambil hak murid di kantin untuk membelai anak kesayangan mereka sedangkan murid lain terpaksa makan tepi longkang.
Sampai bila mentaliti jamban macam ini kena teruskan?
Cikgu-cikgu dan ibubapa lain tolong la tegur jika ada ibubapa lain ambil hak murid untuk duduk di meja makan sewaktu rehat. Tolong la tegur. Tolong!
Kalau kerusi meja ada banyak kosong, silakan la duduk sebelah anak. Nak suap pun sila lah.
Tapi bila kerusi meja hanya cukup-cukup untuk murid, tolong jangan duduk nak belai anak kita sahaja. Cakna la sikit. Hati tu biar ada perasaan sikit kat murid lain yang tidak ditemani oleh ibubapa sewaktu hari pertama persekolahan.
Entah murid itu anak yatim. Entah ayahnya lumpuh di rumah sementara ibu perlu menjaga adik-adik yang lain. Entah ibu ayahnya bertarung nyawa di hospital.
Dan hak anak sebegini kau orang rampas? Hak anak ini nak duduk dan makan pun kau orang sanggup ambil demi nak belai anak sendiri?
Apa sudah jadi dengan hati dan perasaan kalian? Sudah matikah perasan itu?
Jangan pentingkan diri. Jangan!
Baguslah kalian hadir siap ambil cuti lagi hari ini semata-mata nak bagi sokongan pada anak. Sikap itu bagus sangat dah.
Maaf cakap, tapi sikap golongan yang suka ambil hak murid lain sebegini memang fikiran mereka tahap mentaliti jamban. Hati kalian memang tak ada perasaan!
Tolong berubah. Tiada siapa tahu nyawa kita ini bila akhirnya. Tiada siapa tahu sihat kita ini sampai bila.
Saat itu tiba, saat anak-anak kesayangan kita terpaksa hadir sendirian ke sekolah di hari pertama, nak tak kita lihat anak kita makan tepi longkang kerana ibubapa lain ambil hak anak kita untuk duduk di kerusi dan makan?
Jika nak begitu, silakan terus bersiap demikian.
Dan kepada ibubapa lain yang sangat prihatin dan ada kesedaran, tolonglah tegur geng mentaliti jamban ini.
Aku sungguh sedih melihat hal ini berlaku saban tahun. Sangat!
************
– Gambar hiasan ehsan Google sahaja –
#MFS
Sumber : Mohd Fadli Salleh
0 comments :
Post a Comment