Baru-baru ini viral di media sosial, keratan surat beranak seorang bayi yang diberi nama Muhammad Bossku. Nama tersebut menjadi buat mulut dan geli hati netizen gara-gara trend ‘bossku’ yang menjadi sebutan ramai.
Bapa, Dean Ahmad, ketika dihubungi mStar Online memberitahu nama tersebut disunting untuk membuat prank kepada isteri. Dia memberitahu lagi isteri cukup tidak berkenan apabila pertama kali dicadangkan nama tersebut.
Prank untuk isteri
Bukan sahaja isteri, netizen turut terkejut melihat keratan surat beranak yang viral di media sosial ini. Tidak kurang juga yang dapat mengagak ini sekadar edit.
Masa kelahiran anak pertama dulu, saya seorang yang mencadangkan nama dan terus daftar kelahiran. Bila saya cadang nama (Muhammad) Bossku untuk anak kedua ni, isteri naik angin.
Isteri marah sebab dia cukup tak berkenan dengan nama tu sebab sekarang ramai orang mula permainkan panggilan tu. Jadi, dia malu. Nak malu apa isteriku? Kan nama tu sedap dipanggil dan saya dah mula panggil anak dengan nama Bossku.. Bossku..
Dean Ahmad memberitahu nama sebenar anaknya adalah Umar Al-Faqeh. Namun, tidak menghalang jika ada yang mahu memanggil Bossku di masa hadapan.
Nama sebenar Umar Al-Faqeh
Nama anak saya yang sebenar adalah Umar Al-Faqeh. Tapi kalau selepas ni ada kawan-kawan yang nak panggil anak Bossku, saya tak boleh halang. Mudah-mudahan dia jadi bos suatu hari nanti.
Isteri tahu saya ni suka bergurau dan berjenaka. Bila saya beritahu nak letak nama Bossku tu, isteri antara percaya dan tidak percaya.
Isteri bising bila dapat tahu
Jelasnya lagi, sebaik mengambil surat beranak di JPN, dia segera menyunting untuk bergurau dengan isteri.
Lepas dapat sijil kelahiran anak di JPN, saya apa lagi cepat-cepat edit bahagian nama dan hantar gambar kat isteri menerusi Whatsapp. Dia bising suruh cepat balik. Sampai kat rumah, isteri hanya tahu ia betul-betul sekadar ‘prank’ (gurauan) bila keluarkan sijil tu daripada sampul.
Muhammad itu dalam bahasa Arab maksudnya yang terpuji dan Boss itu bermakna seseorang dalam kedudukan tertinggi dan disegani, jadi apa yang tidak baiknya?
Dia turut menolak kecaman netizen yang menuduhnya tidak sensitif dan mempersendakan anugerah anak yang diberikan Tuhan. Baginya nama tersebut mempunyai maksud yang baik-baik sahaja.
Sumber : mStar Online
0 comments :
Post a Comment