Lihat juga: Menjejak Restoran Halal Di Lokasi Popular Luar Negara
Bale Udang Mang Engking Kuta
Nikmati makanan yang lazat di gazebo yang terapung di atas tasik jernih yang indah, diiringi dengan muzik yang menenangkan dan ditemani oleh cahaya malap di Bale Udang Mang Engking. Seperti namanya, ia menyediakan pelbagai jenis hidangan udang yang lazat seperti Sup Udang Kelapa Muda, Udang Bakar Madu Super dan banyak lagi. Restoran ini terletak hanya lima minit daripada Pantai Kuta yang sibuk dan 20km dari Sacred Monkey Forest Sanctuary. Selain daripada hidangan udang, restoran ini juga turut menyediakan pelbagai hidangan makanan laut yang lain seperti sotong dan juga ikan. Jika anda tidak gemarkan makan laut, ia juga menyediakan hidangan daging, ayam dan juga itik.
Jika anda adalah pemakan sayur, restoran ini juga turut menyediakan hidangan berasaskan sayur untuk anda pilih. Selain Kuta, restoran ini juga boleh didapati di Ubud. Ia turut menawarkan pakej menu untuk dua hingga lapan orang dan jika anda ingin datang dengan kumpulan yang besar atau kecil, terdapat juga pakej yang disediakan untuk korporat, komuniti serta syarikat pelancongan.
Anda boleh membuat tempahan di laman sesawang rasmi restoran ini.
The post Makanan Halal Di Bali Yang Boleh Anda Cuba appeared first on Her Inspirasi.
0 comments :
Post a Comment