Majoriti Rakyat Malaysia Masih Duduk Dengan Mak Ayah Walaupun Dah Kerja! Korang Termasuk Tak?

Setiap tahun, beli rumah memang dalam list azam tahun baru admin. Bukan admin je tapi kebanyakkan korang pun mesti ada azam yang sama. Tapi, bukan senang nak beli rumah ni. Banyak benda nak kena fikir. Loan boleh lepas ke tak, mampu ke nak bayar bulan-bulan dan macam-macam lagi lah!

Last-last sampai sekarang menyewa jelah ramai-ramai. Takpun tinggal dengan mak ayah. Haa..kalau korang nak tahu, ramai juga yang menyewa dan yang duduk di rumah parents tau! Walaupun dah bekerja! Ini beberapa lagi fakta pasal rakyat Malaysia dan rumah berdasarkan survey yang kami buat baru-baru ni.

Pemilikan rumah 2019, mampu atau tak?

Pada Disember 2018, OHBULAN! telah menjalankan satu survey untuk mengetahui apa pendapat rakyat Malaysia tentang pemilikan rumah di Malaysia.

Artikel berkaitan: [SURVEY] Membeli Rumah Idaman Di Tahun 2019. Apa Pendapat Korang Tentang Isu Ni?

Dan berikut merupakan jawapan yang mencatatkan peratusan tertinggi daripada responden!

4 daripada 10 rakyat Malaysia masih lagi duduk dengan ibu bapa mereka

Hasil daripada survey tersebut kami dapati peratus responden yang masih lagi duduk dengan ibu bapa adalah yang paling tinggi diikuti dengan 27% daripada mereka menyewa di luar.

Manakala hanya 9% yang menyewa tapi memiliki rumah dalam masa yang sama.

Aspek yang paling penting untuk membeli rumah?

Hampir 73% memilih lokasi sebagai aspek yang paling penting kalau nak beli rumah! Yelah, korang mesti nak lokasi yang selamat dan dekat dengan office. Bukan tu je, sekitar rumah mestilah kena ada kedai runcit atau kedai serbaneka.

Aksesibiliti juga penting, korang bayangkan korang tinggal di kawasan yang bukan tumpuan tapi terdapat akses perhubungan yang mudah seperti highway, kan senang nak ke mana je. Tak guna kalau duduk dekat dengan tempat kerja tapi tak easy access. Senang kata kena ada amenities dan senang nak ke mana-mana untuk kemudahan penghuni.

Aspek lain tu penting jugak, tapi tak bagi banyak impak kepada kebanyakkan daripada kita.

Majoriti suka rumah teres, tapi apakan daya..

Kalau korang nak tahu, 34% orang Malaysia sebenarnya suka rumah teres. Yelah, admin pun suka! Senang nak park kereta atau nak bercucuk tanam.

Dengan ruang yang lebih luas senangla anak-anak nak bermain. Korang setuju tak?

Apa sebenarnya punca utama orang tak beli rumah? Susah sangat ke loan nak lepas?

Sebelum survey ni dibuat, admin pun ingat sebab loan perumahan susah nak lepas. Lepas tengok keputusan survey ni ha., rupanya hampir 33%  daripada rakyat Malaysia tak mampu nak beli rumah sebab tak mampu nak maintain lifestyle mereka.

Ada banyak sangat komitmen bulanan yang perlukan bayaran secara ansuran. Kereta, telefon, nak makan, barang-barang rumah dan loan-loan yang lain. Banyak weyh!

“Harap-harap lah kejiranan okay.. ish..”

Percaya atau tak, ini merupakan perkara yang paling ditakuti bagi orang yang memiliki rumah. Hampir 32% setuju bahawa kondisi dan juga kebersihan kejiranan merupakan perkara yang paling dititikberatkan.

Yelah, kalau kawasan kejiranan tu bising 24 jam dan kotor confim kita tak selesa kan? Lagi-lagi kalau ada anak kecil. Memang kena jaga betul-betul hygine!

Nak beli rumah? Jom beli sekarang, banyak penjimatan tau!

Haa.. Korang dalam perancangan nak beli rumah? Sekarang la masanya! Menurut The Edge Markets, Malaysia akan mengalami penurunan harga hartanah sehingga 10 peratus tahun ni!

Ini adalah usaha berterusan kerajaan dan sektor swasta yang nak membantu rakyat Malaysia untuk memiliki rumah pertama. Ni antara skim perumahan yang korang boleh apply:

  • Stay2Own: Skim daripada EcoWorld juga perkenalkan konsep sewa milik. Korang berpeluang mengunci harga rumah yang korang nak beli dalam masa 5 tahun dengan bayaran deposit hanya 3 bulan sewa.
  • FundMyHome: Skim daripada EdgeProp ni beri peluang kepada rakyat Malaysia untuk memiliki rumah sendiri. Korang hanya perlu bayar 20 peratus nilai rumah yang korang beli dalam masa 5 tahun.
  • Dana 1 bilion, pembelian rumah pertama: Kerajaan menyediakan dana RM1 bilion untuk membiayai pembelian rumah pertama bagi golongan berpendapatan bulanan tidak lebih RM2,300. Mulai 1 Januari 2019 korang yang layak bolehlah memohon untuk pembelian rumah berharga sehingga RM150,000.

Semoga para pemaju dapat utamakan apa yang para pembeli nak!

Terima kasih kepada responden survey ini. Dengan adanya survey sebegini mungkin boleh membantu para pemaju untuk tahu dan faham apa yang pembeli nak! Apa yang perlu dititikberatkan dan apa yang perlu dipandang serious!

Dengan initiatif yang kerajaan sediakan tahun ni, admin harap tercapailah niat korang untuk memiliki rumah di tahun 2019. All the best!!

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment