‘Maafkan Mama Tak Dapat Selamatkanmu’ – Ibu Luah Kesedihan Anak Meninggal Kerana Lelaki ‘Taksub’

Luluh hati seorang ibu apabila anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang meninggal dunia dek kerana ketaksuban seorang lelaki menagih cinta kekasihnya sehingga ke hujung nyawa. Kisah yang dikongsi seorang wanita di akaun Facebook miliknya itu sehingga kini telah mendapat lebih 5k perkongsian dan respon daripada netizen.

Tidak diceritakan dengan lebih lanjut punca kematian anaknya itu namun di ruangan komen ramai yang memberi bayangan kisah ini berkait rapat dengan satu kes kematian yang berlaku di Kota Kinabalu beberapa hari yang lalu.

Membela nasib anak sendiri

My Princess sayang.. Maafkan Mama kerana tidak dpt menyelamatkan mu kali ini seperti hari2 lalu bilamana kau di ganggu oleh lelaki MANIAC yg OBSES menagih cinta mu sejak bertahun-tahun yg lalu.

Setiap kali pejam mata tidak dapat Mama bayangkan kesengsaraan yg kau lalui saat kau bergelut dgn maut.. tapi mama berjanji akan membela dan menegakkan keadilan utk NAMA dan MARUAH mu dimata awam dan melalui proses undang2..

Pertunanganmu memburukan lagi keadaan

Selepas ini Mama akan sharekan kepada netizen agar mereka faham penderitaan mu dan keluarga kita akibat daripada gangguan Lelaki Maniac yg OBSESS. Rupanya pertunangan mu pada 3/11/2018, telah memburuk kan lagi keadaan, bilamana kau dapat ugutan darinya bahawa ” TIADA SIAPA YG BOLEH MEMILIKI MU SELAIN DIA” yg kau sembunyikan dari Mama, dan kau anggap remeh.

Ini pun hanya Mama ketahui melalui kwn2 mu setelah ketiadaan mu. Banyak lagi gangguan2 lain yg kau sembunyikan dari Mama kerana kau tidak mahu Mama risau. Kebodohan mu itu telah menyebabkan Kami kehilangan Mu selamanya Sayang.

Jangan pandang remeh

 

Tidur la sayang.. Damai la di sana.. Mama tahu kau sedang berbisik .. ‘MA.. sekarang lelaki gila itu tidak sudah dapat kacau aku’. Rehatlah sayang.. Tuhan menjaga mu disana. Kepada Ibubapa yg mempunyai anak perempuan, jangan pandang remeh bila anak perempuan punya peminat yg fanatik dan maniac, kerana adakala nya perasaan cinta yg keterlaluan (OBSESS) bisa mengundang kecelakaan bila cinta itu tidak berbalas.

Last but not least .. Terima kasih banyak2 pada SAC Jauteh Dikun dan Insp Nathan dan JSJ Sabah yg banyak membantu keluarga kami sehingga mayat dijumpai. Al Fatihah.. 25/1/19

Sumber : Noraya Sibul

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment