Teks: Julia Azman
Hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Tragedi Adam Rayqal meruntun jiwa rakyat Malaysia! Nyawa anak kecil bagai dipermainkan. Siapa harus dipersoalkan?
[caption id="attachment_122621" align="aligncenter" width="640"] Gambar : 123rf.com[/caption]
Tragedi malang menimpa Adam Rayqal menjadi berita tergempar di Malaysia pada tanggal awal Julai 2018. Apabila arwah dibunuh oleh pengasuhnya dalam keadaan yang sangat menyayat hati pada usianya baru mencecah lima bulan. Sekujur tubuh kecil kaku berada di dalam karung beg berona hijau yang disimpan di dalam peti sejuk! Tidak dapat dibayangkan bagaimana sakitnya fizikal tubuh badannya sebelum menghembus nafas terakhir walhal kita orang dewasa ini kalau dicubit sudah nampak kesan lebamnya, inikan anak kecil.
Ini bukan kali pertama kes kecuaian dalam penjagaan kanak-kanak tersebar sebelum ini juga ada beberapa kes yang melibatkan anak kecil cedera mahupun meninggal dunia dilaporkan. Seperti yang berlaku di sebuah taska tanpa lesen di Bangi, tiga kanak-kanak yang berusia enam bulan hingga empat tahun diikat kaki dan tangan selain mulut mereka disumbat kain. Menurut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebanyak 581 kes penderaan kanak-kanak dilakukan oleh pengasuh dilaporkan sejak tahun 2015 hingga Jun 2017. Kebanyakkan kes berlaku di pusat taska yang tidak berlesen dan secara persendirian, malah mereka tidak mengikuti kursus yang disediakan oleh pihak berwajib sebaliknya secara membuta-tuli membuka pusat asuhan demi kepentingan diri sendiri. Jika sekadar hanya suka melihat telatah comel kanak-kanak, menambah pendapatan tetapi tidak mempunyai ilmu dalam jagaan, apa gunanya!
Kepincangan masalah ekonomi negara sangat merisaukan pasangan yang sudah berumahtangga terutamanya yang mempunyai anak kecil. Dalam keadaan fobia, mereka terpaksa dan tiada pilihan selain menghantar anak ke pusat asuhan berdaftar mahupun persendirian. Dan jika pusat asuhan itu penuh dan terlambat mendaftar dek kekurangan duit, terpaksa mengambil jalan mudah dengan menghantar ke tempat lebih murah. Ada sesetengah pengasuh mengambil kesempatan demi mengaut keuntungan! Ini banyak berlaku terhadap pengasuh yang tidak mempunyai ilmu dalam penjagaan kanak-kanak. Modus operandi licik mereka berpakej dengan senyuman dan bertutur lembut sangat menyakinkan pasangan ibu bapa terdesak ini untuk menghantar anak tanpa sebarang pertanyaan lanjut. Disebabkan punca seperti ini, purata kes dera oleh pengasuh di negara kita sangat membimbangkan. Setiap bulan JKM menerima aduan daripada ibu-bapa mengatakan anak mereka, berada dalam keadaan tidak sihat dan ketakutan apabila di hantar ke pusat asuhan.
Dari segi persepktif pengasuh, mungkin mereka mengalami masalah delusi atau tekanan jiwa yang tidak boleh diungkapkan. Manusia tidak akan lari darimembuat kesalahan diri sama seperti pengasuh mereka juga seorang manusia pasti tidak sentiasa konsisten dalam jagaan anak-anak. Boleh dielak jika setiap pusat asuhan ini diselia oleh jabatan tertentu dan pengasuh jika mempunyai masalah boleh kunjungi ke persatuan yang diiktiraf seperti Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM).
Kerjaya sebagai seorang pengasuh merupakan satu bidang sangat luar biasa dan harmoni. Tetapi haruslah dilaksanakan secara teliti dan berdaftar. Ikutperaturan dan aturan satu per satu, nampak leceh tetapi ia memerlukan ilmu secukupnya dan perlu kuat dari segi fizikal dan mental. Ibu bapa pula haruslah tegas dalam membuat sebarang keputusan yang melibatkan anakanak kerana salah percaturan, anak bakal melayang nyawa atau menjadi mangsa dera. Janganlah sekadar menyerah anak tanpa buat kaji selidik, atau jalan terakhir mungkin ibu itu sendiri berhenti kerja dan menjaga anak di rumah.
Berikut adalah langkah penting dalam memilih pengasuh terbaik:
1. REKOMEN DARIPADA SAHABAT TERDEKAT DAN AHLI KELUARGA
Dapatkan maklumat daripada sahabat dan ahli keluarga terdekat kerana mereka sudah punya pengalaman dalam menghantar anak-anak ke pusat asuhan.
The post Langkah Penting Memilih Pengasuh Terbaik Buat Anak Anda appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment