Gelaran Dewi Remaja milik Hanesya Hanee ditarik balik pihak penganjur selepas video sedang berhibur di kelab malam viral. Hanesya bersama dua lagi finalis iaitu Faizni Fazreen Fazeera dan Erni Nurshahira diharamkan menggunakan gelaran ‘finalis Dewi Remaja’ di masa depan.
Di Instagram, Erni memohon maaf dan mengaku sebagai manusia tiada siapa yang lari dari melakukan kesilapan. Dia turut memaafkan ‘pengkhianat’ yang menjadi punca kekecohan ini.
Janji akan terangkan isu viral
Erni Shahira menjadi bualan hangat orang ramai apabila dia didakwa tidak bertudung dan berpakaian seksi di dalam video viral. Aksi mereka leka berseronok sambil memegang minuman keras mendapat kecaman netizen namun ada juga segelintir artis yang memberi sokongan dan kata-kata positif.
Hari penarikan takhta buat Hanee sahaja
Menjawab pertanyaan media mengapa menjadi pengecut tidak tampil bersama Haneesya Hanee di sidang media, Erni menjelaskan dia akan melakukan permohonan maaf secara terbuka dengan segera. Dia memberitahu lagi, sidang media tersebut adalah khas untuk penarikan gelaran Dewi Remaja Haneesya Hanee sahaja.
Kepada yang khianat..
Terbaru, Erni menyatakan permohonan maaf dan mengaku melakukan kesilapan. Dia turut berterima kasih kepada rakan-rakan dan peminat yang tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat.
Erni turut memaafkan ‘pengkhianat’ dan mendoakan semoga suatu hari nanti tiada balasan serupa yang menimpa. Dia melihat perkara ini sebagai hikmah dan mahu menggunakan masa yang ada bersama keluarga dan rakan terdekat.
Sumber : Twitter @azishaaa
0 comments :
Post a Comment