KHASIAT SENGKUANG UNTUK KULIT YANG CANTIK

Bukan sahaja enak, malah banyak manfaatnya untuk kecantikan kesihatan kulit. Sejak dulu lagi, buah ini juga dikenali khasiatnya untuk tujuan kecantikan.

Kerana itu tidak hairanlah sengkuang banyak digunakan untuk menghasilkan produk kecantikan. Salah satu antaranya ialah menghalus dan mencerahkan kulit wajah. Berikut ialah khasiat sengkuang yang boleh anda cuba sendiri di rumah.

Cara 1:

Sediakan sebiji sengkuang dan 1/2 gelas beras. Kemudian, kupas kulit sengkuang dan parut. Beras pula dikisar sehingga halus. Campurkan sengkuan parut tadi dengan beras kisa dan gaul sebati semua menjadi seperti lulur. Semasa mandi, sapukan lulur sengkuang tadi sambil menggosok lembut pada seluruh tubuh. Biarkan selama 5 ke 10 minit sebelum dibilas bersih.

 

Cara 2:

Sediakan sebiji sengkuang. Potong dengan nipis dan jemurkannya di bawah cahaya matahari sehingga benar-benar kering. Setelah itu, kisar halus. Kemudian, simpan di dalam bekas kedap udara. Apabila anda hendak guna, campurkan dengan sedikit susu. Sapukan pada seluruh tubuh. Biarkan ia kering sebelum anda bilas bersih.

 

Cara 3:

Untuk kehalusan kulit wajah pula, parut sengkuang tersebut. Sengkuang yang telah diparut akan mengeluarkan air. Ambil air tersebut dan letakkan di dalam satu bekas. Jika mahu gunakan, ambil air tersebut dan sapukan pada wajah dua kali sehari sebelum masuk tidur. Bilas keesokan paginya.

 

The post KHASIAT SENGKUANG UNTUK KULIT YANG CANTIK appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment