Juara Dewi Remaja Tak Nak Komen Video Viral Di Kelab Malam

Tempoh hari viral di laman sosial satu video mirip wanita Haneesya Hanee sedang berada di kelab malam dan meneguk minum keras di sebuah kelab malam. Malah, ibu kepada Dewi Remaja itu turut akui anaknya semakin liar kerana pengaruh rakan.

Artikel Berkaitan : ‘Dah Pukul Dan Halau Anak Dari Hidupku, Tapi..’ – Ibu Haneesya Respon Video Viral?

Terbaru, menerusi Harian Metro, Hanesya tidak mahu mengulas lanjut video viral itu.

Saya minta maaf

Saya minta maaf. Buat masa sekarang, saya tak mahu keluarkan apa-apa kenyataan.

Menurut Haneesya, dia tidak mahu mengulas lanjut mengenai video pendek yang menunjukkan dia sedang bersosial bersama beberapa rakan di kelab malam. Sementara itu, Nu Idektiv selaku pemilik jenama Dewi Remaja, mengeluarkan kenyataan bahawa pihak mereka masih menyiasat insiden tersebut.

Tindakan akan diambil

Selaku pemilik jenama Dewi Remaja, Nu Ideaktiv memandang serius terhadap video yang didakwa melibatkan peserta-peserta Dewi Remaja 2018/2019.

Perkara ini dalam siasatan kami dan tindakan yang sewajarnya akan diambil.

Walau bagaimanapun, video berdurasi 8 saat itu sudah dipadam oleh individu yang memuat naiknya tidak lama selepas itu.

Sumber : Harian Metro

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment