Jika berkunjung ke Aceh Indonesia, jangan lupa untuk singgah ke Pulau Weh atau turut dikenali sebagai Pulau Sabang. Terletak di luar utara Pulau Sumatera, perjalanan ke bandar Sabang mengambil masa 45 minit sehingga 2 jam menggunakan feri.
Yang paling best, bajet ke sana boleh dikatakan berbaloi iaitu sekitar RM500 sahaja tidak termasuk tiket penerbangan. Jika mahu lebih jimat, mestilah pandai mengambil peluang mencari tiket atau hotel murah!
Bajet sekitar RM500 tidak termasuk tiket flight
Trip Pulau Sabang, Aceh 8-12 January 2019
Total Budget Loss RM500 – exclude flight ticket
Cerita trip ni Shin share untuk berkongsi sedikit maklumat dan gambar yang mungkin menarik minat untuk kengkawan semua pergi ke Pulau Sabang, bukan untuk di buat pertandingan or perbandingan budget sapa paling murah, gambar sapa paling lawa.
Ticket shin beli tahun lepas, RM168 pegi balik.. Gamble beli sebab dah lama teringin nak ke Pulau Weh atau nama lain dia Pulau Sabang. Masalah utama shin yelah takde geng untuk pergi, dah iklan cari travel buddy kat FB tetap takde sambutan.
Sampailah tiba hari nak pergi. dapatlah sorang kawan perempuan, tapi still tak dapat nak berjimat pasal lelaki perempuan bukan muhrim tak boleh nk share hotel. Dah la Shin jenis penakot tido sorang2 dlm hotel, kat Sabang takde backpackers dorm atau hostel. Redha je la.
Naik feri ke Pelabuhan Balohan
Flight 7.40am, sampai airport Banda Aceh around 8.10am, urusan cop passport cepat je.. Walau kecik tapi tak se-worst lecehnya macam kat Silangit. Kuar dari airport, beduyun tiba pakcik2 taxi tanya nak ke mane? Dari Malaysia?
Shin stay kejap tepi bucu bangunan, sambil buat muka kesian kot kot ada traveller lain yang boleh di ajak share taxi. Tapi hampa.. Lemahhhhh bejalan membontoti Pakcik taxi yang girang hati dpt customer comel #eh#perasan
Caj taxi untuk ke Pelabuhan Ulele yelah Rp140k, Shin check gak grabcar.. Rp109k tapi grabcar takleh masok kawasan airport..Tak kuasa la nk menapak di bumi asing.. Kang sesat plak..
Dari airport nk ke Pelabuhan Ulele mengambil masa selama 35 minit, sampai di Pelabuhan Shin terus beli ticket ferry. Ada 2 jenis, Kapal Cepat Rp80k & Kapal Lambat Rp27k include insurance, Shin pilih kapal cepat.. Padahal nek kapal lambat pon ok.. Jimat & takde lah lambat sgt..
Dari pelabuhan ke pantai ambil masa 45 minit
Dari Pelabuhan Ulele ke Pelabuhan Balohan mengambil masa kira kira 1 jam pejalanan. Dalam ferry ni Shin berkenalan lagi dengan sorang perempuan Malaysia, so dapat geng lagi untuk share transportation ke Pulau Sabang. Di sebabkan Shin takde booking bilik lagi.. Shin follow budak tu ke Pantai Iboih. Asalnya Shin nk stay di Freedie Sumur 3, tapi takde bilik kosong #nanges
Sampai di Pelabuhan Balohan, kita ada 2 options utk ke Sumur 3 @ iboih. Samada naik taxi @ sewa motor. Caj taxi Rp150k dan sewa motor plak Rp100k sehari, boleh bargain kalo kita sewa motor lebih dari 3 hari.. Dan Shin decide amek taxi.
Perjalanan dari Pelabuhan Balohan ke Pantai Iboih mengambil masa kira kira 45minutes.
Antara tempat dilawati
Sampai di Pantai Iboih Shin dok usha bilik paling murah tapi menarik hati dan pandangan Shin.. Maka bertemulah jodoh dengan Ohlala Bunglow Cafe & Restaurant, bilik sea view 1malam Rp200k shin amek 3 malam.. Pon bargain gak harga InsyaAllah dapat diskaun..
Cuaca awal January agak tak berapa friendly.. Mendung, hujan sekejap2.. Pasrah je lah..
Kat sini Shin kenal kawan kawan baru, Eldo dari Finland, Nina Dari France, Ijul & Alfin dari Indonesia, Fafa, Nas & Caligula dari Johor.
Activities kat sini selain dari godak air laut.. Shin gi melawat tempat2 yang boleh di lewat kat Sabang tu.. Kilometer Nol, secret beach, Goa Sarang.. Masjid je shin tak sempat nk lawat #ishhhterukbetul
Harga pakej doplhin dan snorkeling
Then Shin ada amek pakej dolphin & snorkeling, Rp400k sorang.. max 6 org baru dapat murah.. Kalo just berdua Rp500k, berempat Rp450k.. Include makan pagi, makan siang, professional guide & photographer, snorkeling equipment.. Tapi Shin memang bawak sendiri.. Tak suka share bekas mulut orang haha
Pakej dolphin & snorkeling leh cari kat IG @Zulkifli_ijull
Shin makan kat cafe bilik je.. Sedap dan leh masok anak tekak.. Harga standard pulau..
Tips dan panduan
Tips :
1. Pakai pakaian sopan2 kat sana kalo tak mo kena tegur
2. Walau Aceh mengamalkan konsep Patoh Syariah, tapi ada je scammer (Shin kena 2 kali, total loss Rp57k), ada je tak pakai tudung walau org yang tak pakai tudung tu kemaen tego pakaian kita tak sopan (dia suruh balik bilik tuko baju), Ada je yang jual arak..
3. Kalau nk jimat sewa la motor dari Banda Aceh, bawak masok Kapal Lambat, then moto tu leh cover jalan2 Sabang & Banda Aceh.. Tak payah nk naik taxi.
4. Kalau rasa beg tu lebih 7kg, pastikan balik tu amek luggage. Kena timing tak naek, masa nk masok departure gate kat airport Banda Aceh, sambil check ticket dorang akan suruh penumpang timbang beg setiap sorang.
5. Kalau cuaca tak elok, hotel tak cantik, planning tak menjadi.. jgn down.. Jgn travel sbb nk sama mcm org len travel atau nk up skit dari org len travel.. Just create something yang boleh kita ingat sampai bila bila..
Travel untuk kita memuji dan melihat kebesaran Allah bukan travel utk minta di puji sesama manusia..
Sekian..
Sumber : Backpackers Buddies Malaysia (BBM)
0 comments :
Post a Comment