Buat sementara ini, jawatan Pemangku Agong telah dipegang oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah namun kebanyakan rakyat Malaysia inginkan jawatan Yang di-Pertuan Agong itu dipegang terus oleh Sultan Perak itu.
Baca juga: Why Sultan Nazrin Shah Could Be Next In Line After Agong Resigned
Namun menurut Perlembagaan Persekutuan, turutan asal di mana kedudukan Yang di-Pertuan Agong diputar di kalangan sembilan kerabat diraja dari sembilan negeri di Malaysia adalah seperti yang tertera dalam Jadual Ketiga Perlembagaan:-
- Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
- Sultan Selangor
- Raja Perlis
- Sultan Terengganu
- Sultan Kedah
- Sultan Kelantan
- Sultan Pahang
- Sultan Johor
- Sultan Perak
Jadi, menurut senarai di atas, Sultan Perak berada di kedudukan terakhir selepas Sultan Pahang dan juga Sultan Johor. Namun, atas faktor kesihatan, Sultan Pahang dikatakan tidak dapat menjawat jawatan tersebut. Akan tetapi, pada 15 Januari lalu, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah telah dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang yang baru.
Menurut Penganalisis politik dan perundangan, Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek dalam sebuah artikel di akhbar tempatan online, dengan perlantikan Sultan Pahang yang baharu ini, sejajar dengan Perkara 32 Perlembagaan yang menggariskan hanya Raja atau Sultan yang bersemayam di atas takhta kerajaan negeri yang layak dipilih untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong.
Ini bermakna Sultan Abdullah layak untuk dicalonkan oleh Majlis Raja-Raja sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 16. Kini, masih menjadi tanda tanya tentang perlantikan Agong yang baru daripada tiga calon ini iaitu Sultan Pahang, Sultan Johor dan Sultan Perak. Jika Sultan Abdullah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru, maka baginda akan menjadi Agong sebelum abang iparnya, Sultan Ibrahim (Johor).
Baca juga: Who Will Be Malaysia’s New Agong?
Oleh itu, Jelita kongsikan fakta mengenai Sultan Abdullah, Sultan Pahang yang keenam.
Tengku Abdullah telah diputerakan pada 30 Julai 1959, di Istana Mangga Tunggal, Pekan. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Ahmad, Pekan, Sekolah Rendah St. Thomas, Kuantan serta di Sekolah Menengah St. Thomas, Kuantan sebelum melanjuntkan pelajaran ke luar negara.
The post Dilantik Sultan Pahang Ke-6 dan Calon Agong Malaysia? appeared first on Her Inspirasi.
0 comments :
Post a Comment