Sejak semalam, cabaran #10YearsChallenge mula menjadi viral di media sosial. Orang ramai mula memuat naik foto mereka 10 tahun lalu di laman sosial termasuk golongan artis-artis.
Artikel Berkaitan : [FOTO] Selebriti Kongsi #10YearsChallenge Di Media Sosial. Last Sekali Paling Win!
Namun, perkongsian Fasha Sandha mendapat kritikan ramai orang apabila kapsyennya menghentam puak-puak bawang. Menurutnya, zaman lakonannya dalam drama Natasha adalah paling seronok kerana orang lebih melihat bakat.
Bukan zaman bawang, kecam
Gambar kiri- zaman remaja,masa zaman Natasha, sebelum wujudnya zaman media sosial (tahun 2003), bukan zaman bawangnizers, kecam dan sebagainya… tu gambar photoshoot untuk cover Berita Harian. Kenangan…Gambar kanan, zaman sekarang, gambar zaman keyboard warriors..
Artis bukan milik masyarakat
Zaman Natasha dulu best orang tak kisah dan tak suka membawang sangat, sbb orang lebih tengok bakat. Zaman sekarang…ramai ustaz ustazah jadian yang sibuk mengata hal orang tapi diri sendiri pun tak sempurna…, dan ramai juga anggap artis ni milik masyarakat. Sorry ya, pada pendapat i, artis bukan milik masyarakat, itu hanyalah ‘kerjaya’ kami ja. Jadi i tak kisah orang nak kata apa… yang penting hati… #hatikenabersih .#16yearschallenge
Kalau sebelum ini, gambar Fasha Sandha didukung pernah mendapat kecaman ramai gara-gara dianggap kurang sopan. Walau bagaimanpun, Fasha sendiri sudah menjawab kritikan yang dibuat netizen itu. Menurutnya, hanya Allah yang berhak menentukan hukum hakam perbuatannya itu. Dia juga meminta agar netizen berhenti mengajarnya.
Ramai kecam
Aku reply berhemah – Fasha Sandha
Sumber : Fasha Sandha
0 comments :
Post a Comment