‘Apa Salahnya Hubungi Kami Terlebih Dahulu’ – Fattah Amin Kecewa Difitnah Pendakwah?

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila tajuk berita Fazura di sebuah akhbar jadi kontroversi. Dalam artikel itu, Fattah Amin didakwa tidak kisah dengan adegan seksi Fazura di dalam video klip, Can’t Forget Me.

Walau bagaimanapun, pelakon itu menafikan kenyataan dibuat menerusi Instagram Stories miliknya. Menurut Fazura, ayat ‘sexy’ yang dimaksudkan adalah dari segi lirik lagu tersebut, bukan dirinya.

Kenyataan ini sangat tersasar

Pembetulan : Tiada isitlah ‘Fattah luluskan beraksi seksi’ kerana tiada aksi seksi dalam klip video saya. Yang dinyatakan hanyalah ayat ‘Sexy’ di dalam lirik saya. Kenyataan ini tersasar dan mengelirukan.

Kesal dengan apa berlaku – Fattah

Insiden ini turut memberi kesan mendalam kepada Fattah Amin. Malahan, dia turut memuat naik kenyataan panjang berhubung isu ini. Menurutnya dia agak kecewa apabila ada pendakwah yang gagal membuat usul periksa yang sewajarnya. Fattah turut berharap agar hentikan menfitnah dia dan isterinya.

Apa salahnya hubungi kami terlebih dahulu?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertama sekali, kami bersyukur kepada Allah SWT diatas segala nikmat dan dugaan yang telah diberikan kepada kami berdua, khasnya selepas mendirikan rumahtangga setahun yang lalu. Kami anggap ramai yang sudah sedia maklum dengan fitnah yang mula tular sejak semalam khususnya di media sosial.

Walaupun ini bukan kali pertama kami menjadi mangsa fitnah tetapi kali ini ianya berbeza dan menyinggung perasaan kami kerana fitnah itu seolah-olah telah diberikan layanan istimewa oleh seorang “pendakwah” yang gagal membuat usul-periksa yang sewajarnya. Apalah salahnya jika kami dihubungi terlebih dahulu untuk mendapatkan kepastian?

Doakan pendakwah itu

Wajarkah fitnah itu dijadikan bahan populis dalam akaun media sosial beliau serta mengundang pelbagai cercaan fitnah terhadap kami? Kami doakan agar “pendakwah” tersebut diberikan hidayah oleh Allah SWT untuk mampu berdakwah serta membimbing kami dan masyarakat dengan lebih baik melalui kaedah yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Terdapat ramai ilmuan Islam lain yang kami kagumi dan wajar contohi.

Kami bersyukur kerana ramai yang telah tampil menyanggah fitnah tersebut serta saksi acara yang menyatakan perkara sebenar melalui pelbagai saluran. Kami amat berterima kasih kepada para peminat yang sentiasa memberikan sokongan dan menegakkan kebenaran bagi pihak kami dalam pelbagai cara.

Terima kasih pada mereka yang ambil berat

Kami berbangga dengan rakyat Malaysia samada Islam atau bukan Islam yang semakin matang dalam membuat penilaian, mampu membezakan perkara yang benar dan salah, bahkan menyatakan pandangan tinggi mereka terhadap Islam tidak dijejaskan keghairahan populis serta tidak bertanggungjawab segelintir pihak. Inilah antara nikmat yang akan sentiasa kami syukuri kerana dikelilingi oleh mereka yang penyayang dan sering mengambil berat tentang kami. Terima kasih.

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Surah Al-Hujurat, Ayat 6).

Sumber : Fattah Amin

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment