Sebenarnya ramai yang tidak tahu bandar metropolitan Kuala Lumpur mempunyai banyak restoran yang sesuai buat pasangan romantis. Anda juga berpeluang menikmati juadah yang enak sambil menikmati pemandangan di tengah bandar Kuala Lumpur.
Ini merupakan 8 senarai restoran di tengah bandar Kuala Lumpur yang anda boleh dating atau candlelight dinner dengan orang tersayang.
1. Marini’s On 57
Apa kata anda datang dan bawa pasangan ke sini sebab menu a-la carte di Marini 57 menawarkan masakan Itali terbaik dengan hidangan terdiri daripada pasta, keenakan daging lembu yang diimport dan makanan laut segar yang diterbangkan dari Itali.
Di sini, anda dapat melihat pemandangan bandar Kuala Lumpur di waktu malam yang indah. Confirm candlelight dinner ini tidak dapat dilupakan dan menjadi salah satu momen romantis bersama yang tersayang.
Alamat: 57 Menara 3 Petronas Persiaran, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
2. Subak, Bukit Lanjan
Jika anda nak lari dari pencemaran di bandar dan bangunan konkrit, kami cadangan untuk anda candlelight dinner di Subak, Bukit Lanjan ini. Persekitaran restoran dipenuhi dengan kesegaran flora dan kami yakin Subak akan memberi mood romantis untuk anda dan pasangan.
Buat pengetahuan anda, restoran ini juga masih dalam Kuala Lumpur tau. Subak beroperasi setiap hari dari jam 11.00 pagi hingga 11.00 malam. Makanan di sini pun sedap!
Alamat: Lot 3213, Jalan Penchala Indah, Bukit Lanjan, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
3. The Orchid Conservatory, The Majestic Hotel
The Orchid Conservatory memaparkan taman gantung dan orkid di dalam atrium kaca dan keajaiban botani ini adalah satu-satunya terdapat di Malaysia. Restoran ini juga dihiasi dengan pelbagai jenis bunga untuk menemani anda di dalam mood yang lebih romantis.
Bagi pengetahuan anda, tempahan boleh dibuat untuk menikmati teh di waktu petang, makan tengahari yang intim dan makan malam dalam suasana cantik ini. Jangan lepaskan peluang untuk ke sini ye!
Alamat: The Majestic Hotel,, 5, Jalan Sultan Hishamuddin, 50000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur.
4. Marble 8, Jalan Binjai
Marble 8, KL mempunyai daya tarikan tersendiri di mana ianya terkenal dengan menu stik yang enak. Berlatarbelakangkan pemandangan Menara Berkembar Petronas, KLCC anda dapat menikmati juga daging stik dan menu lain lagi yang memang sedap.
Bayangkan anda juga dilamar pasangan anda di sini bertemankan suasana bandar Kuala Lumpur yang indah. Memang romantik habislah!
Alamat: Petronas, Menara 3, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur.
5. Fuego @ Troika Sky Dining
Restoran Fuego ini terletak di The Troika dimana ianya menghadap taman botani KLCC. Bagi pengetahuan anda, design restoran ini direka khas oleh interior design dari Melbourne Hecker Guthrie dan menawarkan panorama berlatarkan langit di Kuala Lumpur.
Mengenai taste makanan, usah risau sebab makanan yang dijual di sini juga enak belaka. Tak menyesal first date atau candlelight dinner disini tau!
Alamat: Level 23A, Tower B The Troik, 19, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur.
6. Thirty8 @ Grand Hyatt, Jalan Pinang
Thirty8 antara restoran yang terletak di tengah bandar Kuala Lumpur dan menawarkan pelbagai aneka makanan termasuk masakan Melayu, Cina dan Jepun. Untuk pengetahuan anda, juadah di sini sangat menarik dan kena dengan citarasa keMelayuan kita sebab ada juga tersedia sate dan stesen wok.
Restoran ini berada di aras 38 dalam bangunan Hotel Grand Hyatt dan dihiasi pemandangan KLCC yang sangat cantik di waktu malam.
Alamat: Grand Hyatt Kuala Lumpur, 12, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur.
7. Tanzini, Jalan Tun Razak
Ini satu lagi restoran yang romantik sekiranya anda ingin menikmati candlelight dinner dengan tenang. Suasana di sini agak sunyi dan tak ramai orang. Jadi, memang sesuai sangat untuk anda melamar pasangan ketika ini.
Tanzini juga memberi pengalaman untuk anda melihat bandar Kuala Lumpur dari sudut 180 darjah dari balkoni restoran.
Alamat: GTower, Level 29, 199, Jalan Tun Razak, Wilayah Persekutuan, 50400 Kuala Lumpur.
8. Tamarind Springs, Ampang
Restoran Tamarind Spring terletak di Ampang, Selangor dan menjadi salah satu restoran kegemaran ramai orang. Rahsia masakan di restoran ini juga dirumus khas dari resepi keturunan keluarga Thailand chef tersebut. Kalau anda nak merasai masakan original Siam, boleh datang ke sini. Memang power!
Sayuran dan daging yang disediakan sangat segar. Di samping itu, anda juga dapat menikmati udara nyaman di sini. Jauh dari kesesakan kota raya.
Alamat: Jalan 1, Taman Tun Abdul Razak, 68000 Ampang, Selangor.
0 comments :
Post a Comment