Treler Avengers 4 ; Captain America Menitiskan Air Mata?

Filem blockbuster Avengers seakan bakal tiba ke penghujungnya. Menerusi treler pertama yang dikeluarkan untuk Avengers 4, kelihatan Captain America menitiskan air mata.

 

Gambar : Avengers 4 trailer

 

Selepas berbulan-bulan penantian, Marvel akhirnya mengeluarkan treler pertama untuk filem sambungan Avengers. Sekuel Avengers ini dipanggil ‘Endgame’. Ia akan disambung dengan watak Tony Stark yang dilakonkan oleh Robert Downey Jr., Captain America (Chris Evans) dan ramai lagi hero yang cuba untuk menghapuskan kuasa Thanos (Josh Brolin).

 

Thanos melenyapkan separuh dari kehidupan dengan hanya memetik jarinya selepas berjaya mengumpul kesemua Infinity Stones. Black Panther, Spider-Man dan hampir semua krew Guardians of the Galaxy telah dilenyapkan.

 

Hawkeye yang mana tidak muncul di dalam Infinity War sempat membuat kemunculan seketika menerusi treler ini. Menerusi treler tersebut, dilihat Tony Stark sedang meninggalkan mesej kepada Pepper Potts, yang mana pada ketika itu Stark sedang terperangkap di angkasa lepas.

 

Turut kelihatan menerusi treler ini, adalah Captain America yang dilihat sedang menangis membuatkan lagi tanda tanya ramai. Avengers 4 bakal menggegar pawagam pada 26 April 2019. Tonton video treler ini untuk lihat sepenuhnya serta kemunculan mengejutkan.

 

The post Treler Avengers 4 ; Captain America Menitiskan Air Mata? appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment