Resipi kek cawan coklat yang mudah dan enak dihidangkan untuk menu minum petang.
Bahan:
- 1 1/3 cawan tepung serba guna
- 1/4 sudu teh baking soda
- 2 sudu teh serbuk penaik
- 3/4 cawan serbuk koko tanpa gula
- 1/8 sudu teh garam
- 3 sudu besar mentega, lembutkan
- 1 1/2 cawan gula putih
- 2 biji telur
- 3/4 sudu teh vanila ekstrak
- 1 cawan susu
Cara Menyediakannya:
- Panaskan ketuhar pada 350 darjah F (175 darjah celcius). Alaskan acuan muffin dengan kertas atau lapisan foil. Ayak tepung bersama baking soda, koko dan garam. Ketepikan.
- Di dalam mangkuk yang besar, gaulkan mentega dan gula sehingga ia menjadi gebu dan lembut. Tambahkan telur satu demi satu, pukul dengan setiap penambahan, kemudian tambahkan vanila dan kacau sekali lagi. Masukkan campuran tepung secara bergantian dengan susu; pukul hingga sebati. Isikan cawan muffin 3/4 penuh.
- Bakar kek selama 15 hingga 17 minit dalam ketuhar yang telah dipanaskan atau cucukkan pencungkil gigi ke dalam kek. Jika pencungkil gigi bersih apabila dikeluarkan, itu bermakna kek sudah masak. Letakkan hiasan atau krim yang anda gemari sebaik sahaja kek sejuk.
Sumber: allrecipes.com
The post Resipi Kek Cawan Coklat appeared first on Her Inspirasi.
0 comments :
Post a Comment