
Siapa dapat menduga pemergian seseorang itu buat selamanya. Pengantin perempuan ini terpaksa reda dan terima takdir pemergian suami buat selamanya akibat terlibat dalam kemalangan. Mereka baru saja melangsungkan perkahwinan kira-kira dua minggu lalu.
Kemalangan melibatkan sebuah motorsikal yang ditunggang mangsa merempuh sebuah kereta Proton Wira dari arah bertentangan di Pekan Slim River.
Sedang mencucuh rokok

Mangsa Muhammad Ihsan Omar merupakan kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bertugas sebagai pembaca meter itu dipercayai sedang mencucuh rokok sambil menunggang motosikal sebelum hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.
Motorsikal yang ditunggang mangsa telah telah melanggar sebuah kereta Proton Wira di Jalan Lama Slim Village-Slim River. Mangsa juga dikatakan baru sahaja dua minggu mendirikan rumah tangga dan maut di lokasi kejadian.
Motorsikal remuk

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof, pemandu kereta Proton Wira yang dalam perjalanan dari arah bertentangan iaitu dari Taman Slim Jaya 2 ke pekan Slim River, tidak sempat mengelak lalu melanggar motosikal mangsa.
Malah, kemalangan itu telah menyebabkan motosikal mangsa remuk di bahagian depan manakala kereta pula remuk bahagian kiri hadapannya.
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan mayatnya dihantar ke Hospital Slim River.
Kejadian turut menyebabkan seorang wanita berusia 53 tahun yang duduk di kerusi penumpang hadapan kereta, cedera di bahagian muka, manakala pemandunya seorang warga Indonesia berusia 43 tahun tidak mengalami kecederaan.
Mangsa hilang kawalan

Siasatan awal yang dijalankan mendapati kemalangan berlaku ketika sebuah kereta jenis Honda dipandu seorang suri rumah bersama rakannya dari arah Taman Slim Jaya 2 menghala ke Pekan Slim River .
Apabila sampai di tempat kejadian pemandu kereta berkenaan terlihat mangsa yang menunggang motosikal hilang kawalan lalu memasuki laluannya dan mengakibatkan berlakunya perlanggaran di bahagian hadapan kiri kereta tersebut.
Sumber: Metro

0 comments :
Post a Comment