Misty Collection, baju sukan lain daripada yang lain!

Jenama pakaian sukan yang tidak asing lagi, Under Armour tampil dengan koleksi terbarunya yang kini lebih segar dan feminin hasil kerjasamanya bersama seorang penari ballet terkenal, Misty Copeland. Bertepatan dengan misi Under Armour yang sentiasa mengagungkan kehebatan wanita seluruh dunia, koleksi ini dibuat bertujuan menjadikan wanita rasa lebih cantik dan mempunyai semangat yang kuat ketika bersenam seperti Misty yang juga penari ballet wanita Afrika-Amerika pertama menjadi principal dancer untuk American Ballet Theater (ABT). 

Menurut Misty, koleksi ini mempunyai beberapa pilihan helaian yang boleh ditata gaya dalam pelbagai cara. Ini melambangkan wanita masa kini yang boleh melakukan apa juga kerja dan tidak perlu diberikan sebarang arahan untuk menjadi apa yang dimahukan.

Koleksi ini boleh didapati dengan harga bermula RM239 sehingga RM429 dan hanya dijual di pasaran atas talian sahaja.

The post Misty Collection, baju sukan lain daripada yang lain! appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment