Masih Single? 4 Tips Ni Confirm Buat Korang Bertemu Jodoh Tahun Depan!

Sekejap je dah nak habis tahun 2018 dan masuk tahun baru. Korang yang masih single and available tu sampai bila nak bersendiri? Takkan Tahun Baru ni celebrate sorang-sorang kot. Sempat lagi ni kalau korang nak cari pasangan sebelum tahun depan.

Apa? Korang ada crush tapi dia tak suka korang balik? Alamak! Haa..orang cakap, nak pikat hati seseorang tu kenalah melalui perutnya. So, inilah masanya untuk korang pancing selera sekaligus pancing hati crush korang tu. Macam mana? Mestilah melalui masakan!

Pancing la crush korang dulu..

Korang tak reti masak? Alaa..kan ada berlambak buku resepi dan video tutorial masakan kat internet tu, pilih je salah satu resepi yang mudah, cepat serta yang korang rasa korang boleh tiru. Korang trial and error je, bagilah adik ke jiran ke ataupun kucing korang tolong rasa. Lama-lama pandailah.

Lepas tu,  beranikan diri untuk tegur crush korang tu dan bagi dia masakan yang korang dah masak. Tapi, masakan korang bukan biasa-biasa tau. Kali ni korang masak spaghetti kari dan juga penne rendang yang di infused kan dengan santan KARA. Kelas uols!

Image result for penne rendang

Kredit: Kelly Siew Cooks

Lepas je crush korang tu rasa masakan korang tu, punyalah dia impress sampai dia terkesima, mengalirkan air mata sambil melompat bintang sebab kagum dan terharu dengan masakan korang tu. Kalau macam tu sekali reaksi dia, confirm lah harapan korang untuk jadi pasangan dia cerah. Yeah, #MisiBerjaya!

Dah couple, tapi ada halangan pulak!

Tapi…ada satu masalah pulak yang timbul!

Walaupun boyfriend korang dok puji korang pandai masak kat parents dia, tapi parents dia tetap tak yakin kat korang. Bagi mak dia, bukan setakat kena pandai masak lauk-lauk melayu, tapi jugak kena terror buat kuih-kuih dan pencuci mulut tradisional. Oh my god!

Haa..korang pun apa lagi, masa nilah nak tunjuk skill. Masa korang dijemput untuk makan malam kat rumah boyfriend korang, korang pun bawaklah kuih koci bersantan KARA dengan bubur kacang hijau untuk pencuci mulut.

Baru je rasa sesudu, terus mak boyfriend korang yang cerewet gila tu terus tepuk tangan, peluk korang dan terus setuju untuk korang jadi #CalonMenantu. Yeahhh, #MisiBerjaya!

Related image

 

Bakal mertua dah ok tapi makcik bawang pulak yang sibuk…

Ingatkan dah selesailah kerja menawan hati boyfriend dan mak bapak dia, rupanya ada lagi satu masalah!

Bila berkumpul dekat kenduri, mak ayah boyfriend korang pun puji lah masakan korang. Siap hebohkan dekat jiran. Tapi jiran a.k.a makcik bawang ni tak percaya, siap mencebik dan taknak kalah. Katanya, bakal menantu diorang lagi power, #MasakApaPunBoleh! Setakat masak gulai lemak cili api tu, sambil pejam mata pun boleh!

Image result for masak lemak cili api ayam

Kredit: SAYS.com

Amboi..amboi..jaga kau makcik! Tunggulah Hari Raya nanti, korang tunjuk skil korang habis-habisan untuk buktikan kat jiran-jiran makcik bawang tu yang korang memang pro masak!

Hah, terus terdiam semua makcik bawang ni!

Kali ni, korang tak masak makanan typical bila Hari Raya, tapi korang masak Seafood Marinara Bersantan bersama Virgin Berry Pina Colada. Wow, canggih!

Image may contain: food

Memang terbeliak mata jiran-jiran tu bila tengok dan rasa masakan korang. Dorang cakap, rasa santannya memang pekat dan sedap, terus sorang-sorang mintak resepi. Siap ada yang nak buat menantu! Hihi!

Korang pun teruslah pecah rahsia, selama ni, masakan korang semua sedap dan menjadi sebab santan KARA lah!

Ingat Santan, Ingat KARA!

 

Santan KARA ni, memang rahsia untuk korang tawan hati sesiapa je. Cukup lemak, cukup rasa, lebih pekat dan berkrim, silap-silap boyfriend korang ajak kahwin terus! Haha!

Oh ya, #SiapaYangTakPandaiMasak tu dan nak resepi mudah, apa kata korang klik website KARA ataupun follow Facebook KARA. Kat sana, ada pelbagai resepi masakan dan minuman yang korang boleh cuba, contohnya macam resepi Virgin Berry Pina Colada ni!

Bunyi macam pelik kan bila minuman dicampur dengan santan, tapi dengan santan KARA ni semuanya jadi sedap!

#NikmatTercipta dengan KARA yang lebih pekat dan berkrim. #IngatSantanIngatKara!

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment