Lelaki Ini Kongsi 3 Tips Bagaimana Menjadi Pelabur Saham Yang Berjaya

Menjadi pelabur saham bukanlah semudah dan sesukar yang disangka. Apa yang penting adalah anda perlu tahu apa yang anda mahu serta lakukan. Jika tersilap langkah, anda mungkin akan menghadapi risiko kerugian.

Terkini, seorang lelaki telah berkongsi tips bagaimana untuk menjadi pelabur saham yang berjaya melalui satu video yang dimuatnaik di Facebook.

Tiga sifat terpuji seorang trader

Menurut Redza Sazali dalam video yang berdurasi lebih kurang 3 minit itu, sifat pertama yang perlu ada pada seorang pelabur saham adalah penakut. Pelabur perlu ada rasa takut untuk break the rules atau melanggar disiplin.

Selain itu, pelabur juga perlu ada sedikit sifat sombong dalam diri. Maksudnya disini penting untuk pelabur perlu tahu bahagian masing-masing. Kadang kala ada pelabur baru yang rasa tercabar dengan keuntungan pelabur lain.

Ini masalah paling besar, maknanya ini konsep kejar harga. Saya selalu cakap kat student saya, jangan kejar harga. Orang yang selalu ada sifat macam ini, dia susah nak buat duit.

Yang terakhir adalah sifat putus asa. Bukan bermakna putus asa dalam pelaburan tetapi perlu ada stop-loss untuk mengawal risiko kerugian. Jika tidak, pelabur mungkin akan mengalami kerugian yang besar.

Jika pelabur saham menanam tiga sifat penting yang dinyatakan ini, barulah mereka ada semangat untuk meneruskan pelaburan dan berjaya.

Sumber: Stallion Brothers

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment