Keunikan Juadah Autentik Mesir

Tut’s Egyptian Eatery membawa hidangan terkenal Mesir yang diinspirasikan daripada keunikan cita rasa dan kemewahan warisan Mesir yang unik. Restoran kasual ini menawarkan pelbagai jenis hidangan asli Mesir seperti Koshari, Molokhia, Hawaoshi dan banyak lagi serta pelbagai jenis hidangan pencuci mulut serta minuman yang menyegarkan. Bagi memastikan rasa asli masakan Mesir dapat dirasai di Malaysia, setiap hidangan di sini disediakan oleh chef yang berasal dari Mesir.

MESTI CUBA:

Stew Molokhia

Daun Molokhia yang dikisar halus dimasak sempurna dalam bentuk stew bersama bahan lain seperti mentega, bawang putih serta herba seperti ketumbar, jintan putih dan lada hitam yang menambahkan lagi keenakannya.

Ayam Goreng Tut’s

Ayam digoreng dengan cara tersendiri Tut’s. Ia diperap selama 24 jam bersama rempah ratus dan perasa yang menghasilkan daging lembut berjus serta kulit yang rangup.

Ayam Panggang bersama Nasi Hot Plate

Ayam dipanggang perlahan di atas pinggan khas yang panas bersama kentang dan lada berserta nasi. Rempah ratus dan sos rahsia Tut’s menjadikan hidangan ini kaya dengan rasa memukau.

Bijian Campuran Koshari

Kombinasi nasi, pasta, lentil, bawang dan kekacang. Dihidangkan bersama sos tomato, sos cili Tut’s, kacang kuda dan bawang goreng.

Roti Hawaoshi

Lipatan roti bakar berisi daging pilihan iaitu daging lembu atau kambing yang dimasak dengan ramuan istimewa Tut’s. Dihidangkan bersama sos pencecah Tahini.

Puding Roti Om Ali

Puding tradisi Mesir yang lembut bersusu dihidangkan dengan pilihan aiskrim berperisa kelapa atau gula Melaka.

Harga: Daripada RM6 – RM70
Lokasi: Tingkat LG, New Wing, 1 Utama Shopping Centre
Waktu perniagaan: Setiap hari, 10 pagi – 10 malam

The post Keunikan Juadah Autentik Mesir appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment