Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) kembali menjadi isu hangat apabila dikatakan memerli Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi Twitternya.
Turut menggunakan medium sama, TMJ menambah apa yang sepatutnya dilakukan menteri itu seperti dijanjikan sebelum ini.
Johor sepatutnya jadi tuan rumah Sukma
Menurut TMJ, Johor sepatutnya menjadi tuan rumah untuk Sukma 2020. Perkara itu dijanjikan oleh Menteri Belia dan Sukan kepada Exco Sukan dan Belia Negeri Johor. Namun, setelah 8 bulan berlalu, tiada langsung perkembangan berkenaan acara itu. TMJ mempersoal kenapa perlu menabur janji jika tidak boleh dilaksanakan.
Belia luah kecewa
Tambah TMJ lagi, ramai golongan belia telah mengadu kepadanya berkenaan kekecewaan mereka. Bagaimanapun, dia tidak mempunyai kuasa berkenaan isu ini dan hanya boleh memberi pendapat mengenainya.
Beri muka untuk jumpa
TMJ juga menyeru pihak berkaitan supaya majlis, persatuan dan rakyat dapat bersua muka dan berbincang masalah mereka. Meskipun permohonan tidak dapat ditunaikan, kementerian perlulah ‘beri muka’ dengan berjumpa dengan mereka dan tidak menugaskan pegawai semata-mata.
Sumber: TMJ
0 comments :
Post a Comment