Cendol merupakan salah satu pencuci mulut yang terkenal di Malaysia. Rasanya yang lemak manis dan sesuai dinikmati pada musim panas. Terdapat pelbagai jenis cendol termasuk cendol durian, cendol pulut, cendol kacang merah dan cendol sawit. Tapi dari manakah asal usul cendol ini?
Menerusi Portal CNN dalam sebuah artikel 50 of the world’s best desserts menyatakan cendol itu berasal dari negara Singapura. Bagaimanapun, kenyataan ini telah mendapat pertikaian dari rakyat Malaysia.
Cendol berasal dari Singapura?
Kenyataan ini disiarkan menerusi Portal CNN dalam mengiktiraf pencuci mulut Cendol berasal dari Singapura. Menurut CNN, tambahan kacang merah membuatkan rasa cendol di Singapura lebih klasik dan sedap.
Apa kata anda?
Rata-rata rakyat Malaysia turut mempertikaikan terhadap kenyataan asal usul cendol. Ini merupakan reaksi netizen yang ditinggalkan di ruang komen Facebook Astro Awani.
Masing-masing ada penilaian
Malaysia ada pelbagai jenis makanan
Singapura ada pokok durian tak?
Sumber: Astro Awani, CNN
0 comments :
Post a Comment