BLACKPINK 2019 World Tour [In Your Area] Kuala Lumpur akan dianjurkan bermula Januari tahun hadapan di Bangkok dan akan meneruskan jelajah mereka merentasi Asia.
Terdiri daripada empat orang ahli iaitu Jisoo, Jennie, Rose dan Lisa, BLACKPINK telah berjaya menarik perhatian peminat KPOP seluruh dunia menerusi pelancaran debut pertama mereka, ‘Square One’ pada tahun 2016.
Sejak dari itu, setiap lagu yang dilancarkan oleh BLACKPINK telah berjaya memasuki carta lagu di Korea dan antarabangsa termasuk carta Billboard. Lagu ‘Ddu-du Ddu-du’ yang dilancarkan pada 15 Jun 2018 turut mencatat rekod bagi muzik video paling banyak ditonton dalam masa 24 jam di YouTube dengan jumlah tontonan sebanyak 36.2 juta.
BLACKPINK bakal menghiburkan peminatnya di Kuala Lumpur dengna persembahan luar biasa pada 23 Februari 2019 di Stadium Malawati, Shah Alam bermula jam enam petang.
Tiket konsert akan mula dijual pada 12 Disember tepat jam 12 tengah hari. Tiket boleh didapati di laman web rasmi Macpiepro. Penganjur turut menyediakan pengangkutan bas untuk ke lokasi konsert pada hari tersebut. Berikut adalah harga tiket:
- RM373 (Zon Hijau)
- RM483 (Zon Ungu)
- RM573 (Zon Kuning)
- RM673 (Zon Merah)
- RM 693 (Zon Blink).
Diskaun Untuk Harga Tiket BLACKPINK
Macpieprod telah bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan platform ganjaran telekomunikasi Malaysia, Mcalls untuk memperkenalkan pakej HITS bagi memberi peluang kepada penggemar muzik menikmati acara muzik dengan harga yang berpatutan.
Pakej HITS memberi kelebihan kepada peminat untuk membeli tiket konsert pertama BLACKPINK dengan diskaun 40 peratus dan tiket kedua pada 10 peratus ( ZON BLINK RM693 atau Zon Merah RM673) dengan jaminan kemasukan.Jadi, sebelum anda pergi ke konsert BLACKPINK, ini ada beberapa lagu BLACKPINK yang anda perlu tahu. Whistle
The post Ini Lagu Blackpink Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Konsert Tahun Hadapan appeared first on Her Inspirasi.
0 comments :
Post a Comment