‘Hanya Aku & Amalanku Di Sini Nanti’ – Status Terakhir Pegawai Polis Yang Maut Dirempuh

Anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB), Konstabel Mohd Zamiri Sinsian maut selepas dirempuh ketika pemeriksaan ke atas sebuah kereta di tepi Jalan Semantan. Ketika kejadian, mangsa bersama dua lagi anggota dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta yang terbabas ketika menuruni bukit.

Seakan sudah mengetahui akan bertemu ajal, mangsa ada memuatnaik gambar kubur bersama kapsyen yang sangat menyedihkan di Facebook.

Allahyarham masukkan gambar kubur

Allahyarham yang bertugas di Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Balai Polis Travers Isnin lalu ada memuatnaik gambar kubur dengan kapsyen ‘Hanya Aku & Amalanku Di Sini Nanti’. Malah sehari sebelum kejadian Allahyarham turut meletakkan gambar hitam.

Sebahagian rakan-rakan lain turut bertanya kepada Allahyarham mengapakah dia memaparkan gambar kubur dan ayat berkenaan, namun dia tidak menjawab.

Sehari selepas itu (kelmarin) Allahyarham masukkan pula gambar hitam dalam Facebooknya, dan seolah-olah sudah tahu bahawa sesuatu bakal menimpanya.

Allahyarham ini adalah sahabat yang pendiam dan mudah tersenyum apabila bersama-sama sesiapa sahaja termasuk ketika menjalankan tugas sebagai anggota Polis Pelancong.

Tugas sebagai seorang anggota polis ini sememangnya sering terdedah kepada bahaya dan risiko dan kami tidak tahu apakah yang bakal menimpa kami pula selepas ini namun apa yang paling penting adalah berusaha memastikan keamanan dan keharmonian negara.

Rakan karib, Lans Koperal Mohd Muamar Indan memberitahu Allahyarham ada merancang untuk menghantar kakaknya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini untuk pulang ke Sabah. Namun siapa sangka sebaliknya jenazahnya turut dihantar pulang.

Sumber : Harian Metro

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment