Gambar Terindah Sebuah Bandar Paling Utara Di Dunia Yang Mengalami 4 Bulan Tanpa Matahari, Disarankan Membawa Senapang Kerana Beruang Kutub

Terindah satu perkataan yang tidak cukup menggambarkannya.

 

[caption id="attachment_121805" align="aligncenter" width="640"] Gambar : Shutterstock[/caption]

 

Jika dilihat pada senarai World Atlas untuk bandar penempatan paling utara, anda akan dapat lihat yang mana banyak destinasi yang berada di tangga teratas terletak di Svalbard, kepulauan Norwegia di antara tanah Norway dan North Pole.

 

Menurut Insider, penempatan pertama di dalam senarai ini dengan populasi yang berbaloi untuk digelar bandar adalah Longyearbyen, yang mana mempunyai 2,100 orang penduduk yang mana mempunyai akses ke sebuah sekolah, sebuah gereja, restoran dan sebuah pawagam.

 

Kehidupan di Longyearbyen sememangnya tidak sama seperti berada di tempat lain. Yang pertama, ia mengalami empat bulan tanpa matahari setiap tahun dan secara berterusan mengalami empat dengan cahaya. Kedua, penduduk bandar tersebut disarankan untuk membawa senapang ketika berjalan di luar sempadan bandar tersebut, demi keselamatan sekiranya terserempak dengan beruang kutub.

 

Longyearbyen terkenal dengan sebuah bandar perlombongan, biarpun operasi lombong tidak lagi aktif di kawasan itu. Kini bandar tersebut menjadi lokasi kajian saintifik dan pelancongan pengembaraan, yang mana ia menjadi penempatan buat peti besi benih tumbuhan yang mengalami kepupusan.

 

Berikut adalah antara fakta akan kehidupan ekstrem di Longyearbyen.

Longyearbyen terletak di kepulauan Norwegia Svalbard, yang mana tiga jam penerbangan dari Oslo dan kira-kira 650 batu dari North Pole. Ia merupakan bandar paling utara di dunia.

 

 

The post Gambar Terindah Sebuah Bandar Paling Utara Di Dunia Yang Mengalami 4 Bulan Tanpa Matahari, Disarankan Membawa Senapang Kerana Beruang Kutub appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment