Doktor Kongsi Tidak Jaga Makan Punca Ekzema Kembali ‘Serang’ Pesakit

Ekzema merupakan sejenis penyakit kulit yang biasa terjadi pada bayi atau kanak-kanak. Keadaan radang pada kulit disertakan dengan bengkak dan ruam merah boleh menyebabkan kegatalan.

Setiap penyakit pasti boleh dirawat begitu juga dengan penyakit kulit ini. Namun, tanpa penjagaan makan yang betul, Ekzema mungkin boleh kembali semula kepada pesakit. Dr. Suriyakhatun di Facebook berkongsi punca penyakit ini boleh dijangkiti semula.

Senario yang sering kali ditemui

“Saya tak tahu apa yang saya buat silap doktor. Saya hanya makan ayam yang organik, sayur saya makan lebih dan sudah lama saya tak kena tapi ni kena bali .

Pesakit saya dapat serangan ekzema semula selepas enam bulan bebas ekzema.

Ini memang senario yang sering saya temui dikalangan pesakit .

Bila pesakit pulih dari ekzema, dia lupa pesanan saya :

1. Rawat sembelit dengan segera, jika dua hari tak buang air besar, ambil langkah untuk lawaskan : Lebihkan sayur, buat air asam jawa, ambil Psyllium Husk , Tingkatkan prebiotic seperti gam arab, Ambil probiotic , minum magnesium oil . Jangan ikut semua saranan, pilih yang berkesan untuk anda.

2. Jangan makan sebarang lauk yang tidak segar: Ayam organic jika di biarkan diluar peti sejuk lama sebelum bekukan atau di masuk keluar masuk freezer adalah tidak segar. Nyah bekukan dalam peti sejuk dan bukan diluar, potong lauk ikut porsi yang nak di masak. Bila sudah nyah bekukan, jangan bekukan semula, terus masak semua. Awas juga banyak restoran termasuk yang mahal hidangkan ayam atau udang atau ikan yang tak segar!!!

Buat rotation diet

3. Jangan makan sekaligus terlalu banyak jenis lauk seperti yang berlaku semasa barbecue, ini mengundang reaski alergi jika ada alahan dan anda histamin intolerant .

4. Buat rotation diet, ie jangan ulang makan benda yang sama. Se eloknya rotate empat hari. Contohnya, ayam Isnin dan ayam lagi hari Jumaat .

5. Awas senarai makanan tinggi histamine dan jangan makan beberapa jenis dalam masa yang sama : Contohnya : sambal belacan dengan ikan kembung serta sambal terung disudahi dengan pisang dan salad yang ada tomato .
Ikan kembung, belacan , terung, tomato, pisang kesemuanya makanan tinggi histamine dan memakan kesemuanya dalam masa yang sama boleh cetuskan episod flare atau datangkan semula ekzema yang telah pulih .

Awas ya ?

Dato’Dr. Suriyakatun Osman
untuk temujanji whatsapp ke 0105439157

Sumber: Dr. Suriyakhatun, Portal MyHealth

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment