Penyanyi meningkat naik Haqiem Rusli teruk dikecam kerana memakai kaca mata hitam dan mengenakan earphone Airpods ketika menghadiri program amal, baru-baru ini.
Netizen menganggap tindakan Haqiem itu sebagai biadap ketika sesi lawatan berkenaan. Penyanyi itu kemudiannya mengeluarkan kenyataan berkenaan isu itu.
Sudah terbiasa
Haqiem menerusi Berita Harian meminta maaf atas tindakannya itu dan mengakui salahnya yang masih mahu mengekalkan identiti sehingga terlupa persekitaran.
Silap saya kerana tidak sensitif dan terlalu ghairah mengekalkan identiti diri hingga terlupa persekitaran di mana saya berada.
Saya sudah terbiasa menggunakan airpods untuk memudahkan saya menjawab panggilan telefon, tetapi ramai yang salah anggap dan menyangka saya sedang mendengar lagu.
Saya minta maaf jika cara saya itu tidak disenangi ramai.
Berehat laman sosial
Pelbagai kecaman dan kritikan dilemparkan ke atas penyanyi ini antaranya dia dikatakan tidak pandai membawa diri selain seperti tidak menghormati golongan asnaf dilawati ketika program itu diadakan.
Tidak mahu terus menghangatkan keadaan, penyanyi baru ini memutuskan untuk berehat sebentar dari laman sosial.
Akaun laman sosial itu masih wujud, cuma saya mengambil keputusan untuk berehat seketika bagi meredakan keadaan.
Turut terlibat dalam sesi lawatan itu adalah Aizat dan Ajak Shiro.
Sumber: Berita Harian
0 comments :
Post a Comment