Priyanka Chopra dan Nick Jonas bertukar cincin di hari bahagia mereka yang sememangnya cukup mewah dari jenama Chopard.
Priyanka dan Nick dilihat cukup kemilau dari setiap sisi ketika upacara perkahwinan mereka yang berlangsung selama lima hari. Sebagai tanda menghormati latar belakang mereka, pasangan ini mengadakan dua upacara perkahwinan dan di kedua-dua upacara tersebut, pasangan ini disempurnakan dengan barang kemas dari Chopard.
Untuk upacara Kristian, Priyanka mengenakan gaun perkahwinan Ralph Lauren berserta 75 kaki panjang veil tulle bersama dengan barang kemas Chopard yang lebih 29 karat.
Dia memilih sepasang anting-anting berlian 7.63 karat potongan ros berbentuk pear dan set berlian 2.86 karat dalam emas putih ethical 18k. Ditambah dengan sepasang lagi anting-anting di dalam veilnya bercirikan set berlian 12.26 karat dalam emas putih ethical 18k.
Selepas upacara perkahwinan Hindu, Priyanka dikemaskan dengan barang kemas Chopard untuk after party. Dia memakai rantai leher berlian 184.50 karat, sepasang anting-anting berlian berbentuk pear 6.07 karat, sepasang berlian potongan brilliant bulat 2.12 karat dan set berlian potongan bulat brilliant dalam emas putih ethical 18k, bersama berlian berbentuk oval 16 karat di atas kepalanya.
Untuk kedua-dua majlis, Nick memakai jam tangan Chopard L.U.C Lunar Big Date berona emas ros 18k bersama cincin perkahwinannya. Pabila menyentuh soal cincin perkahwinan, Priyanka mengejutkan peminatnya dengan menukar jenama pereka barang kemas mereka. Selepas dilamar dengan berlian Tiffany & Co. yang mana Nick hadiahkannya sebagai cincin tunang, bintang Bollywood itu menukar citarasa dengan memilih Chopard pula sebagai cincin perkahwinan mereka.
Cincin Priyanka bercirikan 3.90 karat berlian potongan ashoka dengan kemasan platinum sementara Nick menyarung cincin emas kuning 18 karat. Nick sebelum ini melamar Priyanka dengan cincin berlian potongan kusyen dari Tiffany & Co. Nick sehinggakan menutup stor Tiffany & Co. di London hanya untuk memilih cincin yang terbaik buat aktres tersebut.
“Saya rasa kami pernah bercakap tentang itu ketika berhubungan dan saya sentiasa tahu yang ia semestinya Tiffany,” kata Priyanka akan cincin pilihan Nick di Tiffany & Co. 2018 Blue Book Collection pada Oktober.
Tatkala tiba masa untuk menyambut pertunangannya, Priyanka turut kembali ke Tiffany & Co. Dua rakan baiknya mengadakan bridal shower di Tiffany & Co. Blue Box Cafe di kota New York dan Priyanka dikatakan tidak henti tersenyum ketika sambutan tersebut. Pada ketika itu, dia mengenakan gaun seakan pakaian pengantin dari Marchesa dan memakai lebih USD1juta nilai barang kemas dari Tiffany & Co. (ia tidak termasuk cincin pertunangannya dari Tiffany & Co.)
Ia seakan satu kejutan pabila dia menukar jenama barang kemas pilihannya sebelum ini, tetapi ia tidak hairan bagaimana dia dilihat cukup bergemerlapan dari kepada sehingga kaki pada hari perkahwinannya. Apa pun, Priyanka sememangnya seorang yang sukakan berlian.
“Pabila menyentuh soal barang kemas, saya sangat sukakan berlian. Saya tidak suka barang kemas yang chunky berlebihan. Saya sukakan ia lebih halus dan real,” jawab Chopra kepada PEOPLE pada tahun 2016.
The post Chopard Pilihan Priyanka Chopra Dan Nick Jonas Untuk Cincin Perkahwinan appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment