Masuk hujung tahun, sudah tentu yang menjadi perhatian adalah seleksi produk kecantikan yang menarik. Tahun ini Koleksi Krismas SOTHYS menjanjikan senyuman pada wajah insan tersayang dan membantu memberikan kulit yang cantik dan sihat untuk mereka.
SOTHYS membawakan tiga set produk penjagaan kulit yang paling popular di kalangan pengguna jenama tersebut. Ini adalah penyelesaian terbaik untuk mencapai kuli yang sihat dan tampak awet muda.
Nutritive Coffret Set- Sesuai untuk kulit kering
Rangkaian ini sesuai buat anda yang gemar pergi menggembara. Ia mengandungi Krim Nutrivite Comfort (50 ml) dan Essential Lipid Elixir (30 ml). Istimewa sempena Hari Natal, set ini dijual pada harga RM744 (harga asal adalah RM935)
- Nutrivite Comfort Cream (50 ml)
Mengandungi Nutri- omega 3.6.9 kompleks (ceramida, asid lemak omega, sterol), Pichia anomala polysaccharides yang membantu memulihkan keupayaan sintesis kulit dan Alpha bisabolol yang membantu menenangkan reaksi kulit. Krim ini membantu untuk menyihatkan kulit dan melindunginya daripada tanda penuaan pramatang. Bagi anda yang mempunyai kulit kering yang kronik, anda boleh menggunakan krim ini pada waktu siang dan malam setiap hari atau bagi anda yang memiliki kulit wajah yang sering kering, gunakannya mengikut perubahan musim atau tekanan yang anda hadapi pada hari itu.
Selepas penggunaan selama 30 hari, kulit wajah anda tampak lebih sihat, lembut dan tampak lebih muda.
- Essential Lipid Elixir (30 m)
Mengandungi Nutri- omega 3.6.9 kompleks (ceramida, asid lemak omega, sterol), gabungan dua minyak berkuasa (jojoba dan bran padi) untuk memberikan keselesaan serta merta pada kulit dan Alpha-bisabolol untuk menenangkan reaksi kulit. Eliksir ini membantu untuk mengawal penghasilan minyak, meningkatkan nutrisi kulit dan mengawal segera sensasi ketidakselesaan pada kulit. Untuk kulit kering yang kronik, sapukan eliksir pada seluruh muka dan leher pada bahagian yang terjejas pada setiap pagi dan malam. Gunakan eliksir ini sebelum menggunakan krim Nutritive Comfort.
Selepas penggunaan selama seminggu hingga dua minggu, kulit akan tampak lebih licin, garis halus berkurangan dan kulit juga sentiasa lembap.
Rejuvenate Coffret Set- Lawan tanda keletihan pada waktu malam
Set ini mengandungi krim malam nO₂ctuelle
Detox Resurfacing (50 ml) bersama Serum Energizing Booster (30ml). Set ini sesuai untuk membantu kulit sentiasa tampak segar. Anda boleh mendapatkan set ini pada harga RM1026 (harga biasa adalah RM1248)
- nO₂ctuelle
Detox Resurfacing Overnight Cream (50 ml)
Memperbaiki tanda keletihan ketika anda tidur dan menjadikan kulit anda lebih berseri. Penghidratan dan keselesaan adalah manfaat tambahan krim ini. Kulit wajah juga akan tampak lebih muda. Sapukan krim ini selepas menggunakan serum pada wajah dan leher. Ia mempunyai teknologi yang berfungsi secara mendalam pada kulit ketika anda tidur. Krim ini mengandungi nutrisi yang penting untuk kulit antaranya Hydra-smoothing kompleks (kolagen marin, avokado dan minyak macadamia) untuk melembapkan dan melicinkan kulit wajah. Ia juga mengandungi Vitamin C yang stabil untuk meransang aktiviti selular dan mengurangkan tanda penuaan.
Selepas penggunaan selama 15 hingga 30 hari, kulit akan tampak lebih lembut, licin dan kulit wajah kelihatan lebih cerah dan sihat.
Energizing Coffret Set- Berikan tenaga pada kulit wajah sepanjang malam
Set ini membantu kulit wajah anda kelihatan bertenaga walapun anda tidak mendapatkan tidur yang mencukupi. Set ini mengandungi Energizing Night Cream (50ml) dan Energizing Booster Serum (30ml). Sempena dengan perayaan ini, set ini dijual pada harga RM1124 (harga biasa RM1378).
- Energizing Night Cream (50ml)
Krim ini mengandungi ciri Adaptogenic ekstrak ginseng Siberian yang mampu untuk mengoptimumkan penyimpanan tenaga untuk kulit dan Ekstrak bunga Sophora unuk membantu menghilangkan toksin yang dikumpulkan pada waktu siang. Krim ini membantu untuk membuatkan kulit kelihatan lebih berseri sebaik sahaja anda bangun tidur dan mengurangkan bengkak pada muka. Selepas menggunakan serum, sapukan krim pada seluruh wajah dan leher dan elakkan daripada terkena kelopak mata.
80 peratus pengguna mendapati selepas menggunakan krim ini, kulit kelihatan lebih bertenaga pada keesokan harinya.
- Energizing Booster Serum (30ml)
Serum ini boleh didapati dalam dua set penjagaan kulit pada waktu malam SOTHYS. Ia mengandungi bahan seperti ekstrak yis yang membantu meningkatkan tahap tenaga sel kulit wajah dan peptida beras (peptides rice) yang membantu untuk menyedikan bekalan nutrien yang diperlukan kulit wajah. Serum ini dapat membantu mencerahkan kulit wajah. Sapukan serum ini pada waktu malam di bahagian muka dan leher diikuti dengan krim muka. Boleh digunakan dengan serum lain.
Set Krismas SOTHYS ini boleh didapati secara eksklusif di semula salon SOTHYS dan kiosk kecantikan seluruh negara bermula dari November sehingga Disember dan seterusnya.
Artikel ini disiarkan sempena Anugerah Belai Diri Jelita 2018. Senarai pemenang diumumkan dalam majalah Jelita edisi Disember 2018.
The post Bingkisan Istimewa Hujung Tahun Daripada Sothys appeared first on Her Inspirasi.




0 comments :
Post a Comment