Anugerah Belai Diri Jelita 2018: Astute Clinic

Formula Unggul Untuk Kulit Cantik Terpelihara

Rawat dan belai kulit anda dengan rawatan wajah istimewa agar kulit kekal sihat dan cantik menawan.

Rawatan Menyegarkan Wajah Bagi Kulit Kusam Terbaik

Astute Premier Facial iaitu rawatan wajah signatur di Astute Clinic sering menjadi pilihan kerana menggunakan inovasi berteknologi canggih dengan penggunaan produk serum yang unggul bagi memberikan kesan optimum pada kulit wajah.

Ianya efektif berfungsi membersihkan kulit, menyingkirkan sel kulit mati dan kotoran, mengembalikan kelembapan dan mengecilkan liang pori. Selain itu, ia bertindak membaiki tona kulit lebih sekata dan tekstur kulit agar lebih anjal, berseri dan bermaya.

Rawatan berdurasi 90 minit ini mengandungi enam langkah utama antaranya pembersihan wajah secara berganda, menyingkirkan sel kulit mati dengan skrub Hydrodermabrasion ultrasonic, extraction, injeksi bahan aktif dan memakai topeng wajah untuk mengunci kelembapan. Rawatan ini sesuai untuk semua jenis kulit.

Kunjungi Astute Clinic di #2-18 Level DC Mall, 6 Jalan Damanlela, Damansara City, 50490 Bukit Damansara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia. Anda boleh hubungi +6012-628 6283 atau layari laman sesawang rasmi Astute Clinic

The post Anugerah Belai Diri Jelita 2018: Astute Clinic appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment